7/28/2010

Ilmu dicari bukan mencari



Imam Malik r.a adalah seorang tokoh dan ulama yang terkenal. Keupayaan dan kepintaran beliau dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, menyebabkan orang ramai datang mempelajari ilmu ke rumahnya. Di samping mengajar ilmu kepada orang ramai, beliau telah berjaya menulis dan menyusun buku yang terkenal “al-Muwatta”. Buku tersebut mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan agama berdasarkan ilmu hadis dan pandangan-pandangan orang ramai mengenainya. Sehingga kini ia menjadi kitab rujukan muktabar kepada seluruh umat Islam di dunia. Oleh kerana Imam Malik r.a seorang ulama yang terkenal, timbul keinginan Khalifah Harun al-Rashid (khalifah yang memerintah Kerajaan Abbasiyah) untuk belajar dengan beliau.

Khalifah Harun al-Rashid memerintahkan seorang utusan pergi menemui Imam Malik r.a untuk menjemput beliau dating mengajar baginda di istana. Setelah utusan khalifah sampai ke rumah Imam Malik r.a, beliausegera menyampaikan salam takzim daripada khalifah dan menceritakan hasrat baginda kepada Imam Malik r.a untuk menjemputnya ke istana. Imam Malik r.a hanya tersenyum sambil berkata kepada utusan khalifah : “Ilmu itu dicari bukan mencari”.



Setelah mendengar kata-kata Imam Malik r.a, utusan tersebut terus pulang menemui khalifah di istana. Beliau menyampaikan kata-kata Imam Malik r.a kepada baginda. Khalifah Harun al-Rashid memahami maksud kata-kata Imam Malik r.a. Lantas baginda bersiap dengan singgahsananya untuk berangkat ke rumah Imam Malik r.a. Sebelum baginda berangkat meninggalkan istana, iba-tiba kelihatan Imam Malik r.a telah sampai ke istana. Khalifah menjemput Imam Malik masuk mengadap lalu baginda berkata: “Ilmu itu dicari bukan mencari”.

Mendengar kata-kata Khalifah Harun al-Rashid itu, Imam Malik r.a menjawab : “Tuanku seorang khalifah yang baik dan beriman. Justeru perintah tuanku itu menjadi tanggungjawab hamba supaya mentaatinya”.

Akhirnay Khalifah Harun al-Rashid terus berangkat ke rumah Imam Malik r.a untuk belajar ilmu daripada beliau. Apabila sampai, Imam Malik r.a terus mengajar ilmu kepada pelajar-pelajarnya sambil duduk di bawah. Baginda terus masuk kemajlis tersebut mengikuti ilmu yang sedang diajar sambil duduk di atas singgahsana untuk mendengar pengajaran yang disampaikan oleh Imam Malik r.a. Setelah menyedari keadaan tersebut, Imam Malik r.a berkata kepada baginda : “Ilmu lebih mulia daripada pencari ilmu”.

Khalifah Harun terasa kebenaran kata-kata tersebut, lalu baginda turun dari singgahsana tersebut untuk duduk di bawah bersama-sama dengan orang ramai. Khalifah Harun al-Rashid terus mempelajari ilmu daripada Imam Malik r.a sehingga tamat pengajiannya.

Ketokohan dan kehebatan Imam Malik r.a sebagai seorang guru dan ulama terkenal di seluruh kota Baghdad. Khalifah Harun al-Rashid telah menawarkan jawatan hakim kepada beliau tetapi enggan menerima jawatan tersebut. Bahkan beliau lebih suka meneruskan tugasnya sebagai guru kerana ia suatu bidang kerjaya yang mulia.



di petik daripada http://pekdismersing.com/

No comments:

Cara download Installer windows 10 dalam format ISO

1. Jika anda bercadang untuk download windows 10 melalui website rasmi windows - pilihan untuk download dalam format ISO tidak di berikan.  ...