7/29/2010

IDE untuk C++



Bagi pelajar yang mengambil subjek programming yang melibatkan bahasa C++ seperti BCT1113 Computer Programming, DCT1033 Programming 1,DCT 1063 Programming 2 , BCS1214 Programming Techniques 1, DCT1083 Programming Fundamentals. IDE (integrated development environment) yang di digunakan oleh pelajar di makmal ialah Microsoft Visual C++ 6.0.

Terdapat beberapa IDE lain yang boleh di gunakan oleh pelajar di antaranya ialah Turbo C++. Installer tersebut boleh di dapati daripada link ini. Langkah untuk proses 'install' boleh di dapati daripada blog ini. Turbo C++ ialah perisian lama, saiznya sekitar 3MB, menggunakan persekitaran DOS, kurang "ramah pengguna"nya berbanding MS visual C++ 6.0. Namun dari segi 'function'nya untuk proses compilation dan translation adalah setara.

Namun Turbo C++ hanya berfungsi di bawah sistem 32 bit. Sekiranya pelajar menggunakan Win Xp 64 bit atau Vista 64 Bit atau Windows 7 64 bit, sila lihat artikel ini untuk 'solutionnya'.

No comments:

Cara download Installer windows 10 dalam format ISO

1. Jika anda bercadang untuk download windows 10 melalui website rasmi windows - pilihan untuk download dalam format ISO tidak di berikan.  ...