1.TOPUP Cepat Susut
Jika anda merasa topup prepaid anda cepat susut walaupun tak banyak call- ada baiknya anda semak log call/sms/content purchase di https://onlinecustomerservice.celcom.com.my/ ( untuk celcom).
2. Content Purchase
Perkara yang sama berlaku pada saya. Semakan yang saya buat menunjukkan saya telah melanggan service daripada 33029. Setiap hari saya di kenakan RM2.50 dengan jumlah RM37.50 dalam tempah hampir sebulan.
3. Customer Service
Membuat panggilan kepada 1111 (celcom service center untuk bertanyakan hal tersebut. Saya di beritahu bahawa kod 3XXXX adalah service luar (bukan celcom). Saya di minta membatalkannya dengan menaip "STOP ALL" dan hantar kepada 33029.
Seterusnya saya menggunakan service di https://getsatisfaction.com/celcom/topics. "Responsenya" amat cepat dan sedikit maklumat tambahan saya perolehi iaitu saya telah melanggan content provider dari syarikat yang bernama Mestika Waras Sdn. Bhd. Pencarian saya di google tidak menjumpai sebarang maklumat tentang syarikat tersebut.
4. Kes-Kes Scam
Seterusnya saya dapati banyak terdapat kes-kes yang sama diperkatakan di forum-forum. Ramai pengguna tidak sedar dan tidak tahu bagaimana mereka melanggan service berkenaan. Mungkin ada "auto reply" di sebalik mesej-mesej iklan yang di hantar.
8 comments:
dapat balik x duit RM37.50 tu?
belum..tak sempat lagi nak g cawangan celcom tu.
agak² dpt ke balik duit tu..kalau ikut cs celcom ckp caj tu valid sbb ade msg subscription dr pihak customer..sy pn terkena sama mcm ni.. cuma amount xsampai RM20.
Saya pun kena rm52.90. Baru tadi complain ke celcom & blok no tu. berapa ramai dah kena & sapa sepatutnya ambil tindakan? X kan Obama kot.
Ramai yang terkena. Rasanya 'activation' tu berlaku bila kita klik atau terklik pada url (dalam mesej) yang di hantar.
mcm mna dh ada cara nk selesaikn masalh ini?? sy dh sebulan dgn masalh nie
cilaka benda tuh..celcom.wat apa yg ptut,..bkn diam jer..
tidak terkilk link pon..atau apa2 pon..msk msj tuh..jer,,kdt dh kena makan..punyer la sial la cri duit begini..33029 shiTTTT!!!
Post a Comment