Di sini saya tuliskan beberapa masalah-masalah rutin yang di alami oleh pelajar:-
1. Tidak Dapat Membezakan Skop dan Objektif.
Walaupun ada kaitan tapi keduanya mempunyai perbezaan. Pelajar boleh google atau buka buku System Analysis and Design, atau mana-mana buku Project Management. Masalah ini biasanya berlaku di awal semester ketika pemilihan tajuk atau peringkat 'proposal'
2. Gantt Chart untuk Supervisor semata-mata
Pelajar membuat Gantt Chart semata-mata untuk di tunjukkan kepada supervisor dan merasakan tiada kene-mengena dengan aktiviti yang bakal di lakukan.
3. Database Design Salah
" Saya masukan semua field dalam satu table supaya senang nak coding" - jawapan yang biasa saya dapat bila tanya " kenapa hanya buat 1 table". Hmm...susah nak komen tapi yang pastinya pelajar tak nampak rasional kenapa perlu buat banyak table.
4. Memilih bahasa pengaturcaraan
Pilihlah bahasa yang sesuai dengan projek dan pelajar mempunyai tempat untuk merujuk- samada kepada senior atau lain-lain. Connection kepada database dan boleh view data adalah langkah pertama untuk berjaya dalam aplikasi yang anda bangunkan.
5. Tak tau nak start tulis Program.
Pembangunan sistem memerlukan beberapa tools. Minta tolong rakan-rakan atau supervisor untuk mengenalpasti SDK (System Development Kit), Platform, Software serta Programming Editor adalah amat-amat di sarankan.
6. Jarang Berjumpa Supervisor
Jika pelajar tidak berjumpa supervisor namun pada akhirnya dapat menyiaplan projek - ia adalah berita gembira untuk supervisor. Tapi banyak kes- pelajar 'hilang' di pertengan semester dan muncul 3 hari sebelum presentation dengan mengadu masalah. Sukar untuk di selesaikan, lebih-lebih lagi bila berkait dengan isu no 3 iaitu Database Design Salah.
No comments:
Post a Comment