4/06/2011

Notebook ASUS A42JY-VX244 (RM1,749.00 di lowyat)

Okies- ada satu model komputer riba yang menarik perhatian saya. Harganya rendah dengan spesifikasi yang agak menarik. Cuma dari segi jenama (ASUS) saya tiada pengalam menggunakannya. boleh survey dari forum atau bertanyakan rakan-rakan anda bagi mengetahui ketahanannya. Berikut adalah spec. pc di atas.
  • Intel Core i3-370 Processor (2.40GHz, 3MB L3 Cache)
  • 2GB DDR3 RAM
  • 320GB HDD
  • 14" HD Color Shine (LED)
  • AMD HD 6470 With 1GB
  • Bluetooth, Webcam 0.3MP
  • No Operating System
Dan ini adalah komen ringkas saya terhadap setiap satunya.
  • Intel Core i3-370 Processor (2.40GHz, 3MB L3 Cache)
Di lancarkan pada awal 2011. Ini adalah dual core pemproses dengan 4 threads (2 threads bagi setiap core). dengan kata-kata mudah " pc ini seolah-olahnya mempunyai 4 pemproses". Bukan yang terkini dan terpantas, tetapi sudah cukup laju untuk keperluan peribadi.
  • 2GB DDR3 RAM
Standard. Anda boleh menggunakan win 7 dengan selesa untuk saiz ingatan 2GB. Boleh di tambah jika anda inginkan. Buat masa ini 2GB DDR 3 berharga sekitar RM 70-RM80.
  • 320GB HDD
Standard. Win 7 dan applikasi biasanya hanya 'memakan 25 GB'. 320 GB sebenarnya lebih dari mencukupi. Kecuali anda adalah 'kaki download' dan menyimpan banyak movie.
  • 14" HD Color Shine (LED)
Standard.
  • AMD HD 6470 With 1GB
Berada pada kelas pertengahan (kelas 3) iaitu "Low-Midrange Graphics Cards". Paling bagus ialah kelas 1 dan paling rendah ialah kelas 6.Ini adalah mengikut pengkelasan yang diberikan oleh http://www.notebookcheck.net.
  • Bluetooth, Webcam 0.3MP
Standard.
  • No Operating System
Tiada OS bermaksud PC ini 'kosong' dan anda perlu 'install' OSnya termasuk program-program lain seperti office, browser, media player, antivirus. Kerjanya tidak susah tetapi jika anda tak biasa buatnya boleh mita rakan-rakan yang tahu.Jika anda adalah pelajar IPT- tentunya ramai di kalangan rakan-rakan anda yang tahu membuat 'installation'. Harga 1 OS adalah di antara RM 200 - RM 300.


Rujukan boleh di lihat pada laman-laman berikut:-
http://www.techzone.com.my/product.php?id_product=274
http://ark.intel.com/Product.aspx?id=49020
http://www.techsupportforum.com/forums/f24/ati-radeon-hd-5470-512-mb-ati-radeon-6470-1gb-nvidia-gt-310m-512mb-nvidia-320m-512-a-559403.html

No comments:

Cara download Installer windows 10 dalam format ISO

1. Jika anda bercadang untuk download windows 10 melalui website rasmi windows - pilihan untuk download dalam format ISO tidak di berikan.  ...