7/30/2009

Penipuan Kedai Baikpulih Komputer


Hati-hati memilih kedai baikpulih komputer, kerana mungkin tidak semuanya jujur kepada kita. Satu tinjaun telah di buat di UK bagi menguji kejujuran pihak kedai.

Cara Menguji
Satu komputer telah dirosakkan dengan sengaja (dengan melonggarkan Cip Ingatan Utama (RAM)) oleh pemilik dan di hantar kepada kedai, di dalam komputer tersebut juga telah di masukkan program yang boleh merekodkan setiap aktiviti yang berlaku keatas komputer berkenaan seperti program apa yang di buka, fail apa yang di salin.



Kejujuran Kedai Servis

Hanya 1 kedai secara jujur memberitahu bahawa komputer pelanggannya hanya mengalami masalah kecil dan di baiki tanpa bayaran.
Hampir lima (5) kedai membuat penipuan seperti memaklumkan bahawa Papan Ibu (motherboard) perlu di tukar (RM 200 - RM 600), membuka dan menyalin fail sulit pelanggan, mencari data bank dan sebagainya.

Saranan

Bila PC anda mengalami kerosakan, tanyalah rakan-rakan sebelum menghantarnya ke kedai. Terdapat rakan-rakan pelajar anda yang mempunyai kemahiran dalam membaikpulih komputer atau sekurang-kurangnya menentukan komponen mana yang rosak. Biasanya masalah yang berkaitan dengan perisian dapat di selesaikan dengan mudah samada membuat 'installation' semula atau paling 'teruk' ialah format cakera keras (hard disk). Pastikan anda sentiasa membuat backup fail-fail penting.

Sumber
http://www.zaharuddin.net/content/view/854/72/
http://www.fivetvonline.tv/news.php?news=1846

No comments:

Cara download Installer windows 10 dalam format ISO

1. Jika anda bercadang untuk download windows 10 melalui website rasmi windows - pilihan untuk download dalam format ISO tidak di berikan.  ...