7/22/2009

Apakah dia Programming?


1. Apakah dia Programming?
Programming dalam bahasa melayu di sebut pengaturcaraan ialah proses 'bercakap' dengan komputer.

2. Bolehkan bercakap dengan komputer?
Anda bercakap dengan rakan dengan menggunakan bahasa melayu , inggeris atau lain-lainnya. Orang pekak pula bercakap menggunakan bahasa isyarat. Apa-apa saja bahasa boleh digunakan, asalkan boleh di fahami oleh penerimanya.

3. Bahasa apakah yang boleh di fahami oleh komputer?
Komputer adalah mesin yang hidup dengan kuasa elektrik. Kuasa elektrik pula hanyalah boleh berstatus on dan off. Jadi bahasa asal komputer hanyalah 1 dan 0 iaitu perwakilan kepada on dan off. Ia dikenali sebagai Bahasa Mesin (machine language).

4. Saya mengambil "subjek programming" menggunakan bahasa C++ di kolej, kenapa bukan Bahasa Mesin?
Anda perlu menulis kod seperti 0000010100101 bagi mempamirkan satu teks pada skrin bila menggunakan bahasa mesin. Jika menggunakan bahasa C++ anda boleh menulis arahan seperti cout<<"Hai"; untuk papar teks 'Hai' pada skrin komputer. Arahan dalam C++ lebih mudah di fahami dan di ingati. 5.Bolehkan cout<<"Hai"; di fahami oleh komputer, padahal ia bukan bahasa mesin.?
Ia memang tidak boleh di fahami oleh komputer, cout<<"Hai"; perlu di tukar (translate) kepada bahasa mesin.

6. Siapa yang akan tukar arahan cout<<"Hai"; kepada bahasa mesin?
Kita menulis cout<<"Hai"; menggunakan editor seperti Microsoft Visual C++. Dalam editor tersebut telah di sediakan 'translator'.

7. Selain Bahasa C++, apakah terdapat bahasa-bahasa lain?
Banyak, amat banyak dan macam-macam namanya. C++ itu sendiri bermula daripada bahasa yang di beri nama CPL (Combined Programming language) kemudian jadi BCPL (Basic Combined Programming Language) kemudian jadi B kemudian jadi C kemudian jadi C++. Daripada C++ jugak ia di kembang jadi java dan C#.

8. Bagaimana nak menguasai bahasa pengaturcaraan yang begitu banyak?
Anda tak perlu menguasai semua bahasa, yang paling penting ialah menguasai teknik penyelesaian masalah 'problem solving'.

9. Kenapa lari tajuk, daripada programming kepada problem solving?
Ok la.. penat dah nak jawap.. daftar je subjek BCS1214 atau DCT1083. Kat kelas kita cerita...ye..

No comments:

Cara download Installer windows 10 dalam format ISO

1. Jika anda bercadang untuk download windows 10 melalui website rasmi windows - pilihan untuk download dalam format ISO tidak di berikan.  ...