Showing posts with label komputer. Show all posts
Showing posts with label komputer. Show all posts

5/23/2019

Cara download Installer windows 10 dalam format ISO

1. Jika anda bercadang untuk download windows 10 melalui website rasmi windows - pilihan untuk download dalam format ISO tidak di berikan. 

2. Anda akan di sarankan untuk menggunakan "Media Creation Tool" bagi tujuan tersebut. Baca artikel ini jika ingin tahu lebih lanjut tentang "Media Creation Tool".

3. Namun ada cara lain jika anda masih ingin download ISO. Langkahnya adalah seperti berikut (menggunakan browser Mozilla Firefox):-

i.) Buka tab baru di Firefox.
ii) Buka url berikut https://www.microsoft.com/en-us/software-download/windows10ISO
iii) Tekan kunci Ctrl + Shift + M untuk masuk mode  “Responsive design view.”
iv) Klik butang Responsive button dan pilih iPad (rujuk gambar).



 v) Klik button refresh.
vi) Seterusnya anda akan di tanya versi windows dan link untuk download fail ISO akan  tersedia.

vii) Selamat mencuba.

Rujukan
https://pureinfotech.com/download-windows-10-iso-without-media-creation-tool/
 
 

9/18/2018

"How to Enable Pasting Text on Sites That Block It"

Sesetengah site tidak membenarkan kita menggunakan ciri 'paste' ke dalam 'textbox'nya. Antaranya ialah service untuk menghantar SMS secara percuma serta 'textbox' untuk password.

Berikut adalah cara untuk membolehkan ciri tersebut berfungsi. Sedikit configurasi perlu di buat terhadap browser. Cara berikut adalah terpakai untuk firefox.


12/18/2012

STOP SMS Advertising

Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia
http://cfm.org.my/ms

12/16/2012

SMS SCAM

1.TOPUP Cepat Susut
Jika anda merasa topup prepaid anda cepat susut walaupun tak banyak call- ada baiknya anda semak log call/sms/content purchase di https://onlinecustomerservice.celcom.com.my/ ( untuk celcom).


2. Content Purchase
Perkara yang sama berlaku pada saya. Semakan yang saya buat menunjukkan saya telah melanggan service daripada 33029. Setiap hari saya di kenakan RM2.50 dengan jumlah RM37.50 dalam tempah hampir sebulan.


3. Customer Service
Membuat panggilan kepada 1111 (celcom service center  untuk bertanyakan hal tersebut. Saya di beritahu bahawa kod 3XXXX adalah service luar (bukan celcom). Saya di minta membatalkannya dengan menaip "STOP ALL" dan hantar kepada 33029. 

Seterusnya saya menggunakan service di https://getsatisfaction.com/celcom/topics. "Responsenya" amat cepat dan sedikit maklumat tambahan saya perolehi iaitu saya telah melanggan content provider dari syarikat yang bernama Mestika Waras Sdn. Bhd. Pencarian saya di google tidak menjumpai sebarang maklumat tentang syarikat tersebut.


4. Kes-Kes Scam
Seterusnya saya dapati banyak terdapat kes-kes yang sama diperkatakan di forum-forum. Ramai pengguna tidak sedar dan tidak tahu bagaimana mereka melanggan service berkenaan. Mungkin ada "auto reply" di sebalik mesej-mesej iklan yang di hantar.



5. Pengesahan 
Langkah seterusnya - saya akan cuba dapatkan (daripada cawangan celcom)  "history" mesej saya kepada 33029. 

Mungkin pelajar & pembaca di luar sana ada pengalaman yang serupa?






8/28/2012

computer expansion bus



1. Pada motherboard (mb) anda terdapat beberapa jenis computer expansion bus. 
2. Sekiranya anda membeli kad-kad tambahan seperti graphic card, sound card, network card, tv card dan lain-lainnya, kad tersebut akan di pasang pada salah satu dari computer expansion bus tersebut. 
3. Pengetahuan paling asas ialah mengetahui nama-nama setiap jenis computer expansion bus tersebut supaya anda tidak terbeli kad tambahan yang tidak sepadan.

4. Jenis-jenis  computer expansion bus adalah seperti berikut:-
i. PCI Express- juga di tulis PCIe. Yang paling terkini dan pantas.(ada pada gambar mb di atas)
ii. PCI - slot yang paling biasa di dapati pada mb.(ada pada gambar mb di atas)

Kebanyakan mb mempunyai gabungan PCIe dan PCI.

iii. AGP - di reka secara khusus untuk Graphic card. Mb lama menggunakan jenis ini. (tiada dalam gambar di atas)
iv. ISA - Hampir pupus. teknologinya lebih lama dari AGP. (tiada dalam gambar di atas)

5. Jika anda membeli graphic card - biasanya ia menggunakan slot PCIe. Manakala kad-kad tambahan yang lain menggunakan PCI.
6. Beza di antara jenis-jenis computer expansion bus ialah dari segi kelajuan aliran data yang melaluinya.




8/08/2012

Bahasa Pengaturcaraan

1. Pengaturcaraan mengikut kamus dewan ialah proses membuat atur cara komputer. 

2.Atur cara ini di tulis menggunakan bahasa yang di fahami oleh komputer. Apakah bahasa  yang di fahami oleh komputer ?  Bahasa mesin hanyalah satu-satunya bahasa yang boleh di fahami! 

3. Bahasa mesin berbentuk 0 dan 1 sesuai dengan komputer yang rohnya berbentuk litar elektrik (penebat / pengalir). 

4. Pengaturcaraan menggunakan bahasa mesin amat sukar seumpama anda tidak di benarkan menggunakan suara untuk berkomunikasi dengan rakan anda, hanya menggunakan isyarat dan gerak badan sahaja. 

5. Bagi memudahkan manusia menulis aturcara- di cipta bahasa-bahasa yang mudah di tulis juga mirip kepada bahasa manusia (di namakan bahasa paras tinggi). Antaranya ialah Bahasa Penghimpun ,C, Basic, PHP, ASP serta puluhan yang lain. 

6. Bila menulis menggunakan bahasa paras tinggi ini- suatu penterjemah di perlukan bagi menukarkannya balik kepada bahasa mesin.

7. Bahasa paras tinggi manakah yang paling berpengaruh / di gunakan paling banyak di dunia ini? - Nantikan pada 'posting' yang akan datang.

Perbandingan antara 3 bahasa untuk arahan yang sama. Dari atas: Bahasa Mesin, Bahasa C, Bahasa Penghimpun

4/24/2012

Perisian Sistem (System Software)


Komputer terdiri daripada dua elemen iaitu Perkakasan dan Perisian.
Perisian pula terbahagi kepada dua katogeri iaitu Perisian Aplikasi dan Perisian Sistem. Termasuk dalam katogeri Perisian Aplikasi ialah MS OFFICE, Photoshop, Adobe Acrobat serta lain-lainnya yang membantu manusia mengurus kerja. Termasuk dalam katogeri Perisian Sistem ialah "driver","Service", "disk utility" dan lain-lainnya di mana sebahagian besarnya telah di"package" kan dalam Sistem Pengoperasian seperti Windows , Linux, Mac OS. 


 Diantara fungsi Perisian Sistem adalah :-
  1. Program creation
  2. Program execution
  3. Access to Input/Output devices
  4. Controlled access to files
  5. System access
  6. Error detection and response
  7. Interpreting the commands
  8. Managing peripherals
  9. Memory management
  10. Processor management
  11. Information management
  12. Process communication
  13. Networking

9/08/2011

MS SQL SERVER 2008 Error Message



MS SQL Server adalah "relational database applicatation" (applikasi) bagi menyimpan data.

Jika anda membangunkan satu applikasi komputer dan memerlukan tempat bagi menyimpan data yang banyak- maka MS SQL Server adalah antara pilihannya.

Berikut adalah pengalam saya semasa 'bekerja' dengan MS SQL.

Bila anda melakukan perubahan pada design table - kemungkinan muncul error message berikut:-

"Saving changes is not permitted. The changes you have made require the following tables to be dropped and re-created. You have either made changes to a table that can't be re-created or enabled the option Prevent saving changes that require the table to be re-created."

ini adalah langkah keselamatan yang di ambil oleh ms sql supaya data yang telah sedia ada tidak terganggu dengan perubahan (database design) yang anda lakukan. Anda perlu mengubah setting pada ms sql bagi membolehkan "saving changes is permitted".


Klik Tools -> Options -> Designers-> Uncheck "Prevent saving changes that require table re-creation".

4/12/2011

Teknologi IT Berubah, Perang IT pun Berubah

SEBAR MAKLUMAT

Ya, dalam keghairahan parti-parti politik 'merebut undi' dalam suatu sistem pilihanraya - pelbagai maklumat perlu di sampaikan kepada pengundi. Dan maklumat itu boleh di letakkan dalam suatu komputer (yang di panggil sebagai server) untuk dicapai oleh lebih ramai pembaca.

Satu cara supaya maklumat itu tidak sampai kepada pengundi ialah dengan melumpuhkan server tersebut agar tidak dapat beroperasi. Serangan itu di namakan sebagai "denial-of-service attack" dan ianya memang digunakan dalam 'perang maklumat' termasuk dalam pilihanraya di malaysia.







DOS ATTACK

Bagaimana "denial-of-service attack" (DOS attack) dilaksanakan? Server adalah ibarat tukang masak yang melayan pesanan dari pelanggan. Tukang masak ada tahap keupayaan maksimanya dalam menyiapkan masakan dalam suatu masa. Tukang masak akan bermasalah jika pesanan yang diterima terlampau banyak. Dalam keadaan yang sebegitu (pesanan terlampau banyak), masa untuk suatu masakan itu siap akan mengambil masa yang lama atau lebih teruk tukang masak terus pengsan! walhalnya pesanan itu sebenarnya adalah pesanan tipu.

Itu adalah konsep asas DOS attack, jika anda ingin tahu lebih lanjut-tentang kaedah serangan dan langkah menyekatnya- boleh lawat ke laman berikut.


4/06/2011

Notebook ASUS A42JY-VX244 (RM1,749.00 di lowyat)

Okies- ada satu model komputer riba yang menarik perhatian saya. Harganya rendah dengan spesifikasi yang agak menarik. Cuma dari segi jenama (ASUS) saya tiada pengalam menggunakannya. boleh survey dari forum atau bertanyakan rakan-rakan anda bagi mengetahui ketahanannya. Berikut adalah spec. pc di atas.
  • Intel Core i3-370 Processor (2.40GHz, 3MB L3 Cache)
  • 2GB DDR3 RAM
  • 320GB HDD
  • 14" HD Color Shine (LED)
  • AMD HD 6470 With 1GB
  • Bluetooth, Webcam 0.3MP
  • No Operating System
Dan ini adalah komen ringkas saya terhadap setiap satunya.
  • Intel Core i3-370 Processor (2.40GHz, 3MB L3 Cache)
Di lancarkan pada awal 2011. Ini adalah dual core pemproses dengan 4 threads (2 threads bagi setiap core). dengan kata-kata mudah " pc ini seolah-olahnya mempunyai 4 pemproses". Bukan yang terkini dan terpantas, tetapi sudah cukup laju untuk keperluan peribadi.
  • 2GB DDR3 RAM
Standard. Anda boleh menggunakan win 7 dengan selesa untuk saiz ingatan 2GB. Boleh di tambah jika anda inginkan. Buat masa ini 2GB DDR 3 berharga sekitar RM 70-RM80.
  • 320GB HDD
Standard. Win 7 dan applikasi biasanya hanya 'memakan 25 GB'. 320 GB sebenarnya lebih dari mencukupi. Kecuali anda adalah 'kaki download' dan menyimpan banyak movie.
  • 14" HD Color Shine (LED)
Standard.
  • AMD HD 6470 With 1GB
Berada pada kelas pertengahan (kelas 3) iaitu "Low-Midrange Graphics Cards". Paling bagus ialah kelas 1 dan paling rendah ialah kelas 6.Ini adalah mengikut pengkelasan yang diberikan oleh http://www.notebookcheck.net.
  • Bluetooth, Webcam 0.3MP
Standard.
  • No Operating System
Tiada OS bermaksud PC ini 'kosong' dan anda perlu 'install' OSnya termasuk program-program lain seperti office, browser, media player, antivirus. Kerjanya tidak susah tetapi jika anda tak biasa buatnya boleh mita rakan-rakan yang tahu.Jika anda adalah pelajar IPT- tentunya ramai di kalangan rakan-rakan anda yang tahu membuat 'installation'. Harga 1 OS adalah di antara RM 200 - RM 300.


Rujukan boleh di lihat pada laman-laman berikut:-
http://www.techzone.com.my/product.php?id_product=274
http://ark.intel.com/Product.aspx?id=49020
http://www.techsupportforum.com/forums/f24/ati-radeon-hd-5470-512-mb-ati-radeon-6470-1gb-nvidia-gt-310m-512mb-nvidia-320m-512-a-559403.html

2/10/2011

Cara padam/ganti file dalam system32


Dalam sesetengah keadaan (contohnya untuk crack software!), beberapa fail dalam folder C:\windows\system32 perlu di ganti secara manual. Biasanya ia melibatkan fail *.dll (dll ialah file yang diperlukan oleh lebih dari satu program dalam satu masa yang sama).

Dalam keadaan biasa-proses tersebut (padam/ganti fail) tidak dapat di lakukan kerana 'protection' daripada windows (terutamanya untuk vista dan windows 7).

Dua artikel berikut menerangkan satu kaedah mudah bagi melakukan perkara tersebut.

How To: Replace/Delete Protected DLL Files In Windows 7 & Vista

How To: Take Ownership Of A Folder/File In Windows 7

1/17/2011

Update Blog melalui MS WORD

Anda boleh membuat posting blog melalui MS Word 2007 / 2010. Klik Menu "File" pilih "New" dan pilih " Blog Post".


Selepas itu anda anda di minta memasukkan beberapa maklumat seperti :-

  1. Username dan Password (akaun blog anda)
  2. Blog provider
  3. Image provider

Dengan menekan button "publish" pada aplikasi MS Word. Posting anda akan di hantar terus ke Blog yang di daftarkan. Selamat mencuba.

Virtual Machine


Virtual Machine (VM) membolehkan lebih dari satu Sistem Pengoperasian (Operating System (OS)) beroperasi serentak pada satu sistem komputer (pada masa yang sama).

Ianya berbeza dengan sistem 'dual boot' yang membenarkan pengguna memilih satu OS semasa 'startup'.








OS yang berada dalam VM di panggil "guest OS". OS ini berkomunikasi dengan perkakasan komputer melalui sistem pengurusan yang di panggil "virtual machine monitor (VMM)".


Di antara perisian VM yang ada ialah:-

1. VirtualBox
2. VMWare Workstation
3. VirtualPC
















Sun VirtualBox








VM Ware Workstation 7









Microsoft Virtual PC

1/11/2011

Pen Drive Data Recovary


Saya pernah mengalami 2 kes di mana usb drive yang di gunakan menunjukkan status.

used space=0 bytes
free space = 0 bytes

Sistem komputer akan mengeluarkan option untuk format drive tersebut.

Dalam sesetengah keadaan - fail-fail dalam drive tersebut masih boleh di selamatkan. Fail tersebut masih berada di situ (usb drive) cuma File Allocation Table (FAT)nya terpadam atau rosak. FAT seumpama rekod inventory bagi fail.

Terdapat banyak aplikasi yang boleh di gunakan untuk "USB DRIVE RECOVARY". Salah satunya ialah Data Docter Recovary.


Proses "recovary"nya amat mudah - selepas beberapa "click" pasti membuatkan anda tersenyum bila fail-fail penting dapat di selamatkan. Namun aplikasi ini adalah berbayar. Saya cuba mencari aplikasi yang percuma - tapi masih belum jumpa. Jika anda tahu mengenainya (aplikasi percuma drive recovary) mohon berkongsi maklumat.

1/10/2011

20 shortcuts keys


Mengguna 'shortcuts key' memang membantu mempercepatkan proses kerja. Antara shortcuts keys yang biasa kita guna adalah utk copy dan paste iaitu ctrl+C dan ctrl +V.

Di senaraikan 20 shortcuts keys yang boleh membantu memudahkan kerja di komputer :-



  1. Windows key + E = Explorer
  2. Windows key + Break = System properties
  3. Windows key + F = Search
  4. Windows key + D = Hide/Display all windows
  5. ALT + Tab = Switch between windows
  6. ALT, Space, X = Maximize window
  7. CTRL + Shift + Esc = Task Manager
  8. CTRL + C = Copy
  9. CTRL + X = Cut
  10. CTRL + V = Paste
  11. CTRL + Z = Undo an action
  12. CTRL + Y = Redo an action
  13. CTRL + A =Select all items in a document or window
  14. F1 = Display Help
  15. F2 = Rename the selected item
  16. F3 = Search for a file or folder
  17. F4 = Display the Address bar list in Windows Explorer
  18. F5 = Refresh the active window
  19. F6 = Cycle through screen elements in a window or on the desktop
  20. F10 = Activate the menu bar in the active program

10/12/2010

Vbuster

Setiap komputer memerlukan perisian "antivirus" bagi membolehkan ianya beroperasi dengan baik dan menghalang kehilangan data.












Antivirus

Antara perisian "antivirus" yang terkenal dewasa ini adalah Kaspersky, Avira , Avast serta lain-lain lagi.

VBuster

Pada tahun 1991 terdapat satu "antivirus" jenama malaysia yang bernama VBuster. Perisian tersebut di hasilkan oleh Dr. Looi Hoong Thoong yang berasal dari pulau pinang. Beliau
bukan berlatarbelakangkan (pendidikan) komputer sebaliknya Pemegang Ijazah Sarjana Muda Arkitektur. Namun minat yang mendalam terhadap bidang komputer dan perisian membolehkan beliau menghasilkan perisian tersebut. Saya sempat menggunakan VBuster ketika berada di UTM sekitar tahun 1993. VBuster tidak memerlukan sebarang installation,saiznya kurang dari 1 MB. Ianya masih di jual sehingga kini dan dikatakan boleh mengesan sehingga 750,000 virus. Kosmo telah membuat temubual istimewa dan artikel bertarikh 12/10/2010 tersebut boleh di baca dari pautan berikut. Laman web rasmi Vbuster boleh di dapati daripada pautan berikut. Anda boleh muat turun secara percuma perisian (demo) tersebut.

2/15/2010

'Gadget' untuk maklumat & pantau perkakasan

Saya menggunakan beberapa perisian untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai komputer (laptop) yang saya pakai. Antaranya ialah:-



i) CPUID




Perisian ini boleh di 'download' dari http://www.cpuid.com/cpuz.php
Anda boleh melihat maklumat terperinci tentang :- 1) CPU 2) Mainboard 3) Memory dan 4) system. Gambar di atas adalah contoh maklumat yang di paparkan melalui perisian CPU ID.

ii)SpeedFan


SpeedFan pula perisian yang memberikan maklumat suhu bagi CPU (central Processing Unit) dan GPU(graphics processing unit). Selain itu ia juga boleh mengawal kelajuan kipas bagi 'system unit' serta mengawal FSB. Anda boleh mendapatkan perisian tersebut di http://www.almico.com/speedfan.php Gambar kedua adalah contoh maklumat yang di paparkan melalui perisian speedfan.

iii) BattStat - Battery Status monitor


BattStat memaparkan suhu bagi cpu dan Harddisk, memaparkan kelajuan dan 'load' cpu serta beberapa lagi perkaran. Namun apa yang lebih menarik ialah ia memaparkan dengan terperinci status bateri komputer (laptop) anda. Antaranya ialah peratusan 'wear' bagi suatu battery. Gambar ketiga menunjukkan bahawa bateri saya telah pun 26% 'wear'. Ini mungkin kecuaian saya membiarkan batery tersebut 'fully drain' semasa menggunakan laptop ini. Tips bagi memanjangkan jangka hayat bateri laptop (jenis LION) ialah - jangan membiarkan jumlah charge kurang dari 10%. Perisian tersebut boleh di dapati dari laman
http://users.rcn.com/tmtalpey/BattStat/

2/14/2010

Awas! e-mel minta maklumat peribadi



KUALA LUMPUR 14 Feb. - Cybersecurity Malaysia mengingatkan pengguna Internet supaya berwaspada apabila menerima e-mel daripada institusi bank dengan meminta mendedahkan maklumat peribadi bagi mengelak ia digunakan untuk tujuan khianat oleh pihak tertentu.

E-mel itu meminta mengemaskinikan butiran peribadi, mengaktifkan semula akaun perbankan dalam talian atau menyertai dalam kaji selidik yang menawarkan ganjaran RM200.


Mereka yang menerima emel dengan pesanan seperti itu dinasihatkan supaya memadamkannya kerana dengan menjawab soalan itu mereka mungkin menjadi mangsa penipuan penjenayah siber yang kian meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Husin Jazri berkata, menjawab pesanan itu dengan memasukkan butiran peribadi seperti nama akaun perbankan dalam talian dan kata laluan merupakan percubaan untuk mencuri wang dalam akaun pemegang.

Oleh kerana laman web palsu itu menyerupai laman web bank yang sah, maka pelanggan terpedaya dengan memasukkan butiran peribadi sulit dan dengan itu nama dan kata laluan pemegang akaun dapati dicuri tanpa disyaki," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, tahun lepas, Pusat Bantuan Cyber999 telah menerima sebanyak 3,564 aduan mengenai insiden penipuan dalam Internet iaitu meningkat 68 peratus aduan berbanding tahun sebelumnya.

Husin berkata, laman web palsu dibangunkan sama seperti laman web bank terkenal tempatan dan penghantaran emel dengan menggunakan soalan yang meyakinkan untuk pelanggan membuka hubungan kepada laman web palsu itu.

"Bank tidak pernah tanya pelanggannya khususnya pengguna e-perbankan untuk mengemaskinikan akaun, mengubah semula kata laluan atau butiran peribadi menerusi emel," katanya.

Husin berkata pihaknya, sebagai agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, kini mengawasi keadaan itu dan bekerja rapat dengan Polis, Bank Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan menyediakan sokong teknikal cara mengatasi ancaman siber ini.

Katanya, kegiatan penipuan siber semakin menonjol setiap tahun dan dianggap salah satu ancaman besar dalam negara dan kerajaan mengambil langkah untuk memerangi jenayah siber dengan menubuhkan CyberSecurity Malaysia dan penggubalan Dasar Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSP).

Katanya, dalam usaha mendidik masyarakat dan meningkatkan tahap kesedaran keselamatan internet, CyberSecurity telah membangunkan program 'CyberSAFE' yang mana orang awam boleh mendapatkan maklumat mengenai keselamatan internet dalam portal di alamat www.cybersafe.my.


Artikel ini di petik daripada utusan online

1/08/2010

Netbook dan N450


Netbook ialah komputer riba yang mempunyai prestasi yang lebih rendah berbanding notebook. Penggunaannya di khususkan bagi kerja-kerja seperti 'typing' dan 'surfing' yang tidak memerlukan 'processing power' yang tinggi berbanding ' 3D gaming' , dan 'graphic and video editing'. Netbook dipasangkan dengan processor yang dipanggil ATOM (keluaran Intel).

Pemproses (Processor)

Syarikat Intel telah mengeluarkan beberapa siri processor yang di panggil ATOM bagi kegunaan Netbook. Yang terkini ialah N450, telah dikeluarkan pada 21 dis 2009. Berikut adalah sedikit perincian bagi 'processor' berkenaan:-


Nama 'Pro
cessor' : Intel Atom N450
Kelajua
n : 1.66GHz
Kelajuan 'front side bus' (FSB): 667MHz (FSB merupakan laluan penghubung antara 'processor' dan RAM serta AGP/PCIe graphics )
Jum
lah 'L2 Cache' : 512K (cache ialah ingatan ,diguna untuk menyimpan data yang bakal (atau mungkin) digunakan oleh processor berikutnya. Ia lebih pantas berbanding RAM biasa)


Ciri Menarik N450


Antara ciri yang menarik bagi 'processor' ini ialah-pengurus (Controller) untuk Graphic and Memory di integrasikan dalam CPU. Ciri ini menjadikan CPU berkenaan lebih jimat dari segi penggunaan kuasa elektrik, prestasi yang lebih bagus (berbanding kelasnya) serta saiznya lebih kecil. 'Processor' ini juga sesuai untuk kebanyakan OS (operating system) termasuklah windows 7 kerana ia '64-bit computer architecture'. Netbook yang di pasang N450 kurang bunyi bising kerana ciri 'Fanless' iaitu tidak memerlukan kipas penyejuk.

Produk Netbook

Setakat artikel ini di tulis -antara produk netbook yang paling murah di pasaran ialah
DELL Mini 10v. Berharga **RM 999 (pembelian 'online'). 10.1" Widescreen. 160GB SATA HDD. Standard 1.3MP webcam. Wi-Fi, Bluetooth. Cuma ada satu perkara yang perlu diberi perhatian - netbook ini tidak dipasangkan dengan 'Optical Drives'. Satu-satunya pilihan yang ada ialah dengan membeli external 'Optical Drives'. Jika tidak- perisian-perisian untuk 'installation file ' boleh di salin ke dalam pen drive terlebih dahulu (menggunakan PC lain) , sebelum di 'install' pada netbook tersebut.

**Model yang berharga RM999 menggunakan Procesor N280 manakala model yang menggunakan Processor N450 berharga RM1300. Kesalahan data amat di kesali

9/03/2009

"How to remove the Windows.old folder "

1. Install OS (VISTA)
Bagi anda yang mempunyai komputer dan pernah membuat 'installation' O.S. (operating system sendiri) beberapa kali tanpa memformat PC anda- adakalanya (bergantung pada OS) windows yang lama tidak di buang tetapi di simpan dalam folder yang di beri nama "Windows.old"

Saya pernah mengalami masalah untuk membuang 'folder' tersebut namun tidak berjaya kerana ada 'protection' daripada O.S itu sendiri.





2.
Menggunakan Disk Cleanup

Sebenarnya windows telah menyediakan 'tools' bagi membuang folder berkenaan.
Langkah berikut saya ambil daripada sini.

1. Click Start, click All Programs, click Accessories, and then click System Tools.
2. Click Disk Cleanup.
3. In the Disk Cleanup Options dialog box, click Files from all users on this computer.

Note If the User Account Control dialog box appears, type the administrator password, and then click OK. Otherwise, click Continue.

4. In the Disk Cleanup:Drive Selection dialog box, select the hard disk drive that you want to clean up, and then click OK. Wait while the system scans the computer for unnecessary files.

5. Click the Disk Cleanup tab, and then look for the Previous Windows installations check box.
6. If you find the Previous Windows installations check box, click to select it, and then click OK.

If you do not find this check box, go to step 7.

7. When you are prompted to confirm the removal of files, click Delete Files.
8. Wait while the system removes the files. You have now removed the Windows.old folder.


3. Awas
Namun ada sedikit perkara yang anda perlu hati-hati bila memilih 'item-item' untuk di 'cleanup'. Saya pernah memilih item yang diberi nama " Per user archived Windows Error Report" (rujuk gambar no 2) dan hasilnya semua fail-fail yang selain daripada windows telah di padam, membuatkan saya tergamam.

4. File Recovery
Saya terpaksa menggunakan program 'file recovery' iaitu Active@ File Recovery bagi mendapatkan semula fail-fail berkenaan. Bagaimana fail yang telah di padam boleh diperolehi kembali? Insyallah saya akan sambung pada posting yang akan datang.






Cara download Installer windows 10 dalam format ISO

1. Jika anda bercadang untuk download windows 10 melalui website rasmi windows - pilihan untuk download dalam format ISO tidak di berikan.  ...