Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

2/13/2012

"Hari Kekasih"

Adakah anda merayakan hari kekasih / Valentine's Day. Jika anda beragama islam- perbuatan tersebut adalah ditegah. Fatwa Kebangsaan telah di keluarkan, dan berikut adalah keratannya..

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam."

..selanjutnya baca di sini...


1/03/2012

Jadual solat kawasan Kemaman dan Dungun 2012


Jadual solat kawasan Kemaman dan Dungun bagi tahun 2012. Download
Maksud atau makna bacaan dalam solat. azizie blog

7/31/2011

Ramadhan 1432

Selamat Berpuasa 1432 H untuk semua pengunjung blog- khususnya warga TATIUC.
Jadual berbuka untuk daerah kemaman boleh di download seperti yang tertera.

5/26/2011

Istiwa A’zam – Kedudukan Matahari Tepat di atas Ka’bah


Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama). Info lebih lanjut di sini.

4/02/2011

Bila lori iman terbalik

Dalam melayari facebook, terjumpa satu gambar yang menarik dengan komen yang saya kira tepat dari tuannya yang beralamat di http://www.facebook.com/album.php?profile=1&id=100000820701854 . Berikut adalah komennya ...

"Kalu 4x4 bawa duit syiling RM75,000 dan lori beras terbalik, semua gi pakat kutip wak balik, Tok tahu HALAL ko HARAM..!! bukannyo nok tolong driver dlm kesusahan...!! Tapi kalu lori bawa lembu kaki pendek ni terbalik, takdok sorang pun ambil wak balik. Eh..tahu pulok HALAL ko HARAMnyo..."


dan ini lori beras terbalik serta lori syiling terbalik


1/29/2011

Jadual Solat Kemaman dan Dungun

Abu Hurairah menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah bertanya kepada sahabatnya: "Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?"

Jawab sahabat: "Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya."

Sabda Rasulullah: "Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali sehari. Dengan limpah rahmat Allah, ia menghapuskan segala dosa."

Jadual solat untuk bagi daerah Kemaman dan Dungun boleh di dapati daripada pautan ini. Manakala bagi tempat-tempat boleh rujuk pada sumber asal iaitu e-solat JAKIM.


* Gambar-gambar yang tertera adalah di Masjid India KL.

8/28/2010

Alam Persekolahan - Nasyid

Di bawah adalah lirik lagu Alam Persekolahan dari kumpulan Nirwana. Nirwana pada asalnya adalah kumpulan nasyid dari SMKH (Sekolah Menengah Agama Khairiah). Lagu ini muncul sekitar 1996 semasa saya belajar di UTM. Lagu yang bertemakan ilmu ini saya tujukan kepada para pelajar saya di TATiUC. Sila dengarkan lagu tersebut dari pautan berikut ; 1) youtube 2) 4shared


Tajuk Lagu : Alam Persekolahan
Album : G.E.N.E.R.A.T.I.O.N.S
Munsyid : Mirwana

Allah Oh Tuhan ::Pencipta Alam::Kupohon dari-Mu ::Berdoa pada-Mu

Allah Oh Tuhan ::Terangilah hatiku::Agar ku mampu ::Terus maju

Alam ::Persekolahan::Penuh dengan ::Cabaran

Perlukan ::Kesabaran::Keteguhan iman::Oh Tuhan

Kumahu ::Menimba ilmu::Agar kumampu :: Majukan ummahku

::Berusaha perlu ::Sedaya yang mampu::Dan berserah pada-Mu ::Allah Yang Satu

::Menuntut ilmu ::Bersabar selalu::Kulengkapkan diriku::Dengan azam baru

Song by Yasin
Lyris by Yasin
Produced by Syah & Yasin
Vocal by Hafiq Tarmizi

8/11/2010

Salam Ramadhan 1431


Salam Ramadhan 1431 saya ucapkan kepada warga TATiUC, khususnya pepada para pelajar yang mengambil subjek OOP, TCS, C++ dan Projek. Alhamdulillah kita bertemu lagi di bulan yang membebaskan diri kita dari rutin kebiasaan masing-masing.



Perubahan
Dalam bulan ini, kita berpeluang untuk melakukan perkara-perkara yang sebelum ini kita segan lakukan,misalnya untuk jejakkan kaki ke surau TATI mungkin takut di katakan 'pak lebai' oleh member. Ramadhan adalah pendorong yang kuat, maka sama-sama kita ambil peluang.



Motivasi
Motivasi yang mendorong pelajar dalam mempelajari subjek-subjek yang di ambil adalah bagi menambah ilmu, juga untuk mendapat gred A. Motivasi dalam menambah amal-ibadat di bulan puasa juga perlu di cari. Bacalah tentang kelebihan bulan ramadhan, agar menambahkan rasa kebesaran ramadhan,insyaAllah.




Bersahur
Mengantuk adalah antara sebab ramai di antara kita yang tidak bersahur. Sedap tidur juga mungkin juga alasan. Berapa lamahkan sedap tidur itu kita rasanya semsa tidur? Bila bangun sahur, berapa lamakah rasa mengantuk itu dirasa? Ambillah kelebihan sahur seperti yang di terangkan dalam hadis dibawah.

Ibnu Umar(ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengirim rahmat ke atas mereka yang makan sahur. "


Amaran
Moga kita bukanlah tergolong dari mereka yang dinyatakan dalam hadis di bawah:

Yang bermaksud : “Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah

Berbuka
Bulan puasa boleh menjadikan perbelanjaan harian kita lebih jimat berbanding bulan-bulan yang lain. Kerana kita hanya makan 2 kali sehari. Namun, jika kita menyajikan masa makan 2 kali sehari itu dengan makanan yang melimpah ruah sehingga terpaksa dibuang sebahagiannya- maka perbelanjaan kita pada bulan ramadhan akan jadi lebih dari bulan yang lain.
Jadual berbuka puasa bagi bagi semua daerah di Malaysia boleh di dapati dari link ini.

7/28/2010

Ilmu dicari bukan mencari



Imam Malik r.a adalah seorang tokoh dan ulama yang terkenal. Keupayaan dan kepintaran beliau dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, menyebabkan orang ramai datang mempelajari ilmu ke rumahnya. Di samping mengajar ilmu kepada orang ramai, beliau telah berjaya menulis dan menyusun buku yang terkenal “al-Muwatta”. Buku tersebut mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan agama berdasarkan ilmu hadis dan pandangan-pandangan orang ramai mengenainya. Sehingga kini ia menjadi kitab rujukan muktabar kepada seluruh umat Islam di dunia. Oleh kerana Imam Malik r.a seorang ulama yang terkenal, timbul keinginan Khalifah Harun al-Rashid (khalifah yang memerintah Kerajaan Abbasiyah) untuk belajar dengan beliau.

Khalifah Harun al-Rashid memerintahkan seorang utusan pergi menemui Imam Malik r.a untuk menjemput beliau dating mengajar baginda di istana. Setelah utusan khalifah sampai ke rumah Imam Malik r.a, beliausegera menyampaikan salam takzim daripada khalifah dan menceritakan hasrat baginda kepada Imam Malik r.a untuk menjemputnya ke istana. Imam Malik r.a hanya tersenyum sambil berkata kepada utusan khalifah : “Ilmu itu dicari bukan mencari”.



Setelah mendengar kata-kata Imam Malik r.a, utusan tersebut terus pulang menemui khalifah di istana. Beliau menyampaikan kata-kata Imam Malik r.a kepada baginda. Khalifah Harun al-Rashid memahami maksud kata-kata Imam Malik r.a. Lantas baginda bersiap dengan singgahsananya untuk berangkat ke rumah Imam Malik r.a. Sebelum baginda berangkat meninggalkan istana, iba-tiba kelihatan Imam Malik r.a telah sampai ke istana. Khalifah menjemput Imam Malik masuk mengadap lalu baginda berkata: “Ilmu itu dicari bukan mencari”.

Mendengar kata-kata Khalifah Harun al-Rashid itu, Imam Malik r.a menjawab : “Tuanku seorang khalifah yang baik dan beriman. Justeru perintah tuanku itu menjadi tanggungjawab hamba supaya mentaatinya”.

Akhirnay Khalifah Harun al-Rashid terus berangkat ke rumah Imam Malik r.a untuk belajar ilmu daripada beliau. Apabila sampai, Imam Malik r.a terus mengajar ilmu kepada pelajar-pelajarnya sambil duduk di bawah. Baginda terus masuk kemajlis tersebut mengikuti ilmu yang sedang diajar sambil duduk di atas singgahsana untuk mendengar pengajaran yang disampaikan oleh Imam Malik r.a. Setelah menyedari keadaan tersebut, Imam Malik r.a berkata kepada baginda : “Ilmu lebih mulia daripada pencari ilmu”.

Khalifah Harun terasa kebenaran kata-kata tersebut, lalu baginda turun dari singgahsana tersebut untuk duduk di bawah bersama-sama dengan orang ramai. Khalifah Harun al-Rashid terus mempelajari ilmu daripada Imam Malik r.a sehingga tamat pengajiannya.

Ketokohan dan kehebatan Imam Malik r.a sebagai seorang guru dan ulama terkenal di seluruh kota Baghdad. Khalifah Harun al-Rashid telah menawarkan jawatan hakim kepada beliau tetapi enggan menerima jawatan tersebut. Bahkan beliau lebih suka meneruskan tugasnya sebagai guru kerana ia suatu bidang kerjaya yang mulia.



di petik daripada http://pekdismersing.com/

5/18/2010

Pandangan Us Zaharuddin : Perjudian Bolasepak Akan Di'Halalkan'?

Perjudian Bolasepak Akan Di'Halalkan'?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Perjudian adalah satu jenis permainan pertaruhan yang mana pihak yang menang akan meraih wang pertaruhan mereka yang kalah. Tidak dinamakan perjudian jika kedua-dua pihak mencapai kemenangan. Itulah sifat perjudian yang diharamkan di dalam undang-undang Islam. Malah juga dilarang oleh semua agama lain.


Oleh itu, secara peribadi saya terperanjat (malah ramai yang lain juga) membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang menyatakan pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lessen perjudian bolasepak sempena kejohanan Bola sepak Piala Dunia yang akan datang ini.

HUJJAH BELIAU

Beliau dirakamkan oleh akhabar tempatan berkata :

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)."

BANTAHAN & RASIONAL

Pegeluaran lesen atas alas an untuk mengawal dan mengethaui jumlah wang pertaruhan adalah tertolak di sisi Islam. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap.

Kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi KAWALAN adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat.

Namun apabila lesen diberikan, ia jelas merupakan satu galakan kepada kaki judi dan seterusnya seolah-olah memberi mesej bahawa:

‘Kerajaan ingin tumpang sekaki dalam perjudian mereka"

"Kerajaan ingin turut merasa sedikit imbuhan hasil perjudian mereka yang berjudi, so jika lebih ramai berjudi, lebih baik kepada kerajaan akan mendapat sesuatu"

ANALOGI

Ia seolah-olah kerana kerajaan ingin menbenarkan benda yang tidak benar.

Bolehkah atas alasan mengetahui jumah sebenar & mengawal MAT REMPIT yang berempit di atas jalan raya secara haram, maka KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN PEMBERIAN LESEN MEREMPIT kepada mt rempit di atas JALAN RAYA AWAM. Semua mat rempit mestilah mendaftar dan membayar yuran untuk merempit di atas jalan raya. Bukan LESEN UNTUK merempit di trek lumba dan IA IBARAT memberi LESEN untuk terus merempit di JALAN RAYA.

Merempit di jalan raya awam banyak mudaratnya kepada mat rempit itu sendiri dan juga orang awam. Demikian juga kesnya membenarkan perjudian bola sepak ‘gelap' untuk dijadikan ‘terang' tetapi tetap di atas laluan yang memudaratkan orang awam.

JUSTERU

Kerajaan yang bertanggungjawab MESTILAH sentiasa mengurangkan aktiviti negatif di kalangan rakyat, bukannya meraikan dan meluluskannya.

Sedarilah, perjudian hanya akan menjerumuskan rakyat di dalam :-

a- Kancah hutang dan masalah kewangan lebih serius. Kita bimbang kecenderungan masyarakat Malaysia yang sukakan skim cepat kaya, yang sering diserbu, diharamkan DAN DISITA oleh kerajaan. Namun peliknya, kini kerajaan seolah ingin membenarkan skim tersebut, perjudian adalah salah satu jenis skim cepat kaya, yang sering membawa kayap.

b- Seterusnya membawa kepada masalah dan krisis rumahtangga. Pergaduahan suami isteri, anak mencuri duit ibu ayah untuk berjudi, suami curi duit isteri dan sebagainya,

c- Kita bimbang, hasil lesen yang diberi, kanak-kanak akan turut serta dalam perjudian khususnya secara online. Dan tiada sesiapa boleh menghalang kerana lesen telah diberi oleh kerajaan dan perbuatan itu tidak lagi dianggap satu kesalahan.

d- Masyarakat tidak progresif kerana menjadi lalai untuk meneka dan bertaruh serta menonton bolasepak secara berlebihan. Kalau dulu penonton hanya ‘exited' untuk melihat pasukan yang disokong, kini, bakal menjadi begitu obsess dan tertekan kerana keputusan perlawanan melibatkan wang yang ditaruh.

e- Mendorong rakyat memfokuskan kepada perolehan keuntungan secara cepat tanpa skill, namun akhirnya kerugian sahaja yang lebih kerap menjelma. Manakan tidak, dalam perjudian, peratusan pihak yang menang sentiasa lebih kecil berbanding yag kalah. Bermakna, jika seorang menang dan bergembira atas kemenangannya, yang kalah mungkin 1000 orang yang berduka cita. Dukacita tersebut mungkin tidak berhenti di situ malah berturutan kepada masalah lain, ibarat ‘domino effect'.

f- Kesan buruk kekalahan; kekalahan boleh yang menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya di jalan raya, pergaduhan di dalam rumahtangga, kesan psikologi di tempat kerja menyebabkan kurang produktiviti, mungkin dikejar ‘ALONG' kerana berhutang dengan along untuk berjudi.

g- Pemberian lesen itu seolah menjolok sarang Syaitan, kerana kemungkinan ada indifidu yang tidak begitu terdorong untuk berjudi kerana merasa sukar dek kerana ia merupakan aktiviti gelap dan salah dis isi undang-iundang. Namun akibat lesen tersbeut, dorongannya semakin kuat dan dipermudah.

NASIHAT

Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Justeru itu, saya amat berharap agar Menteri Agama dapat segera memberi panduan dalam hal ini. Jika Menteri Agama sependapat dengan Timbalan Menteri Kewangan, kami sekalu ahli akademik sangat ingin mendengar dan membaca justifikasi dan dalil serta hujjah keharusan tersebut JIKA tiba-tiba Menteri Agama atau mana-mana Mufti bersetuju dengan tindakan itu.

Perlu difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal yang JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan tidak termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk masyarakat.

Oleh kerana isu perjudian adalah isu ‘Qat'ie di dalam Islam, saya AMAT BERHARAP pihak Salafi, Wahabi, Ahbash, Tradisional Pondok, Tarekat Sufi, Syiah, ahli akademik universiti, tabligh dan semua pihak agar tampil menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Paling minima di blog dan website rasmi mereka. Jangan hanya berselisih dan berdebat bertahun-tahun dengan begitu kreatif, tetapi SENYAP SUNYI tanpa kenyataan umum dalam hal sebegini.

Disebutkan di dalam kaedah Fiqhiyyah yang dicatatkan oleh Al-Imam As-Sayuti Al-Shafi'i:-

لا يُنْكَرُ المختلِفُ فيه وإنما يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عليهِ

Ertinya : Tidak diingkari dalam hal yang diperselisihkan (ijtihad ulama), namun sesungguhnya keingkaran (bantahan) adalah pada perkara yang disepakati (haramnya)( Al-Asbah wa Al-Nazair, kaedah no 35, hlm 292 )

Tanpa syak lagi, perjudian adalah tergolong di dalam perkara yang disepakati secara ijma' berkenaan pengharamannya. Justeru, bantahan kita dan para ulama terhadapnya adalah SANGAT PERLU.

Jangan biarkan hanya orang politik berkata, kerana apabila orang politik berhujah dan berkata-kata, mereka akan sering dilihat sebagai bermotif politik. Kita perlu mereka yang lain juga agar bersuara, supaya Allah meredhai usaha kita.


BAGI MEREKA YANG INGIN MEMBERIKAN KOMEN TERHADAP ARTIKEL INI, SAYA HARAP TIDAK PERLULAH BERPOLITIK KEPARTIAN DALAM KOMEN ANDA (KERANA IA HANYA AKAN MENGERUHKAN KEADAAN SECARA KURANG SIHAT DAN MENYERET KEPADA ISU LAIN), CUKUPLAH BAWAKAN TAMBAHAN RASIONAL DAN JUSTIFIKASI SECARA ILMU DAN BUKAN EMOSI.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

08 Mei 2010

2/01/2010

Ahmed Deedat

Ahmed Deedat adalah tokoh debat islam yang berasal dari India. Di lahirkan pada tahun 1918 dan meninggal dunia pada 2005. Ketokohannya sebagai ilmuan Islam adalah dalam bidang perbandingan agama. Banyak debat telah di hadiri beliau terutamanya yang melibatkan agama samawi (langit) iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Tuan-tuan dan puan-puan boleh mendapati bahan2 tersebut di youtube.Maklumat mengenai Ahmad Deedat di wikipedia boleh di dapati dari pautan ini.

Link ini ditujukan kpd pelajar2 yang berpakaian 'seksi' ke kelas :)
(1918-07-01) dan m

12/29/2009

Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

1. TUJUAN

1.1 Garis Panduan ini disediakan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat Islam dalam menyertai majlis perayaan orang bukan Islam supaya tidak berlaku perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.



1.2 Garis Panduan ini juga menjadi asas rujukan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menganjur majlis perayaan orang bukan Islam bersama dengan orang Islam supaya tidak berlaku perbuatan syubhat atau acara yang bercanggah dengan prinsip dan nilai-nilai Islam.

2. PENDAHULUAN

2.1. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mengadakan majlis-majlis perayaan sama ada di peringkat nasional, negeri, daerah dan lain-lain. Perayaan tersebut adalah Hari Raya Idul Fitri, Tahun Baru Cina, Depavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan juga Hari Krismas. Ia disambut melalui konsep penganjuran “rumah terbuka nasional”, bertujuan meningkatkan persefahaman dan sikap toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum serta fahaman agama di negara ini.

2.2 Persoalan timbul di kalangan masyarakat Islam tentang apakah hukum turut merayakan perayaan agama lain. Ada pendapat yang mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan tersebut boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.

2.3 Dalam mengatur hubungan antarabangsa, kaum dan agama di negara ini agar tidak menimbulkan kekeliruan dan prasangka dalam pergaulan khususnya bagi umat Islam, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dalam muzakarahnya pada 1 dan 2 Oktober 1970 yang secara khusus menyentuh mengenai rumah ibadat telah memutuskan;

“Pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmi pembukaan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam kecuali difikirkan kalau tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permusuhan kaum dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat dengan mereka”

2.4 Pada dasarnya terdapat dua pandangan berbeza dari sudut hukum tentang orang Islam turut merayakan hari perayaan orang bukan Islam. Pandangan yang membenarkan orang Islam merayakan hari perayaan orang Islam adalah berdasarkan pandangan berikut;

i. Kekeliruan dari sudut hukum tentang merayakan hari perayaan agama lain atau dalan konteks masa kini “rumah terbuka nasional” adalah berpunca daripada fahaman yang kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu. Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah dengan mereka atas nama agama mereka ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebaliknya jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka atas tujuan merapatkan perhubungan sesama manusia maka ia adalah diluar daripada konteks meraikan akidah mereka atau merelakan agama mereka. (Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, Dr. Abdul Hayei bin Syukor, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)

ii. Menurut Dr. Ahmad al-Syarbashi seseorang Islam yang turut menyertai hari perayaan orang bukan Islam setelah memastikan majlis yang dihadiri itu tidak mengandungi perbuatan yang bercanggah dengan akidah atau upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti penyajian arak dan sebagainya (Dr Ahmad al-Syarbashi, Yas`alunaka Fid Din Walhayah, hal 390, jilid 4, Darul Jail, Beirut).

2.5 Hukum yang melarang orang Islam turut merayakan perayaan orang bukan Islam berdasarkan pandangan berikut;

i. Abu al-Qasim Hibbatullah bin Al-Hussain bin Mansur al-Tabari berkata, tidak harus bagi orang Islam menghadiri perayaan orang bukan Islam kerana kemungkaran mereka. (Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Ahkam Ahl al-Zimmah, jilid 1, hal 156, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut)

ii. Menurut Fatwa Lajnah Daaimah, kunjungan terhadap perayaan orang bukan Islam tidak boleh dilakukan kerana ia akan melibatkan orang yang melakukannya kepada dosa. (al-Syeikh Ahmad bin Abdul Razak, Fatawa al-Lujnah al-Da`imah lil Buhuth al-Ilmiah wal Ifta`, jilid 3, hal 436, Dar al-Muaiyyad, Riyadh)

2.6 Berdasarkan persoalan hukum tersebut maka pihak yang menganjurkan majlis tersebut perlu meneliti adakah perayaan yang dianjurkan mempunyai unsur agama atau semata-mata bercirikan kebudayaan. Kedua-dua unsur ini perlu diteliti dalam memastikan sambutan perayaan tersebut tidak menyinggung sensitiviti keagamaan terhadap orang awam yang menyertainya.

3. TAKRIF

3.1 Simbul

Maksud simbul dalam garis panduan ini adalah sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang, tanda (Kamus Dewan).

3.2 Ciri

Maksud ciri dalam garis panduan ini adalah sifat (unsur, tanda) yang khusus pada sesuatu (yang membezakannya dengan yang lain) (Kamus Dewan).

3.3 Tunduk

Maksud tunduk dalam garis panduan ini adalah kepala atau muka condong ke hadapan (Kamus Dewan).

3.4 Upacara

Maksud upacara dalam garis panduan ini adalah majlis menurut adat (kebiasaan, agama), kermaian atau peralatan (menurut adat) (Kamus Dewan).

3.5 Budaya

Maksud budaya dalam garis panduan ini adalah tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dsb), kemajuan (akal budi), kebudayaan (Kamus Dewan).

3.6 Dakyah

Maksud dakyah dalam garis panduan ini adalah penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat dsb) untuk mendapat sokongan, propaganda (Kamus Dewan).

3.7 Mempersenda

Maksud mempersenda dalam garis panduan ini adalah mempermainkan (dengan gurau senda), memperolok-olokkan, mengejekkan(Kamus Dewan).

3.8 Sensitiviti

Maksud sensitiviti dalam garis panduan ini adalah perihal perihal sifat mudah merasai sesuatu (mudah tersinggung, bergerak balas dsb (Kamus Dewan).

3.9 Kriteria

Maksud kriteria dalam garis panduan ini adalah beberapa ukuran (asas pertimbangan) untuk menentukan nilai (Kamus Dewan).

4. KRITERIA PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM YANG BOLEH DIHADHIRI OLEH ORANG ISLAM

4.1 Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam boleh dihadhiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

4.1.1 Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. menyertakan simbul-simbul agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

4.1.2 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:

i. Memakai pakaian bewarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

4.1.3 Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.

Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan ahli sunnah wal jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menyolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.

4.1.4 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.

Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyingung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

4.1.5 Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

5. PENUTUP

Sekiranya terdapat keraguan atau ketidakjelasan dalam mentafsir dan melaksanakan Garis Panduan ini hendaklah merujuk kepada;

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Blok D7, Parcel D,

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502, PUTRAJAYA

Tel: 03-8886 4253

Fax: 03-8889 1993



Di petik daripada Laman JAKIM

8/25/2009

Salam Ramadhan 1430H


Selamat Berpuasa untuk para pembaca, khususnya para pelajar 1MT G1, 1BCS dan 1NT.


1. Sistem Cepat Kaya Ramadhan
Dalam bulan ini setiap amal baik diberi ganjaran pahala berlipat kali ganda. Pahala amalan sunat diberi seperti amalan Fardhu. Yang fardhu di lipat gandakan. Di anugerahkan pula lailatul qadar. Satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Modal yang diperlukan untuk mendapat keuntungan ini ialah masa dan tenaga.


2. Tenaga Orang Muda
Kaki terasa lenguh juga untuk menamatkan rakaat terawih dan witir. Namun terasa malu pula pada pakcik tua di sebelah yang bersemangat berdiri dan sujud. Moga kita yang masih muda ini ingat dengan peringatan "5 sebelum 5" . ..masa muda sebelum masa tua.. masa sihat sebelum masa sakit..


3. RM dan Pahala
Kita menggunakan "Duit RM" untuk mengurus sebahagian dari kehidupan kita di dunia. Namun ketika di akhirat hanya "Duit Pahala" yang laku. Maka bersama-samalah kita kutip pahala sementara masih berkesempatan.

4. Tingkatan Puasa
Ada 3 peringkat puasa.
(peringkat 1:) puasa sekadar tahan makan dan minum. (peringkat2:) Peringkat 1+ tahan 5 pancaindera drpd maksiat. (peringkat 3:) Peringkat 1+ peringkat 2 + hindarkan fikiran dan hati dari ingat benda yang tak elok. Usaha utk capai tingkat 2 dan ke atas.

5. Amaran
" Sesiapa yang tidak beroleh manfaat dari bulan ramadhan, maka sesungguhnya ia telah di putuskan rahmat oleh Allah s.w.t " - petikan kalam pencipta maha besar yang patut kita renungi



bawah Jadual buka puasa untuk daerah kemaman.

Cara download Installer windows 10 dalam format ISO

1. Jika anda bercadang untuk download windows 10 melalui website rasmi windows - pilihan untuk download dalam format ISO tidak di berikan.  ...