Showing posts with label Programming. Show all posts
Showing posts with label Programming. Show all posts

10/01/2018

import database error code #1046 - No database selected

1. Bila ''install'' windows baru, semua program kena install balik termasuk Wamp.
2. "Copy" fail2 php   kepada folder Wamp baru.
3. "Import" balik database yang telah di"export" daripada MyPHPAdmin lama. Namun keluar error message   #1046 - No database selected.
error 1046 No database selected



 4. Google beberapa solution dan jumpa cara yang simple iaitu create dulu nama database, lepas tu baru buat proses import.

 



Create new database
















Import database















Siap


2/21/2018

Bina fail PDF menggunakan PHP

1. Jika sistem 'online' pelajar memerlukan output dikeluarkan dalam bentuk PDF. Tutorial berikut mungkin berguna. http://www.fpdf.org/

2. fpdf bermaksud free pdf. Di sini (http://www.fpdf.org/) di sediakan fungsi-fungsi yang membolehkan kita membina fail PDF dengan PHP.

3. 'Code' berikut akan menghasilkan output berikut.



 4. Pelajar juga boleh mencari tutorial di youtube antaranya https://www.youtube.com/watch?v=Kid6Xrqf9-Y

5. Selamat mencuba.

2/20/2018

Autocomplete pada textbox

1. 'Autocomplete' ialah kebolehan sistem mencari dan mencadangkan perkataan-perkataan yang berkaitan semasa kita menaip.   Ciri 'autocomplete' yang di sediakan oleh google sangat membantu pengguna.
2. Bila  taip "php prog" pada textbox carian...beberapa cadangan yang berkaitan di paparkan secara automatik.

3. Pelajar yang membangunkan sistem online, yang melibatkan data yang banyak dari suatu table tentunya memerlukan ciri "autocomplete" ini.

4. Pengetahuan asas (hanya asas :) ) tentang jQuery, PHP and MySQL diperlukan untuk melaksanakan / menambahkan ciri ini pada sistem masing-masing.

5. Tutorial yang paling mudah yang saya jumpa adalah di https://www.codexworld.com/autocomplete-textbox-using-jquery-php-mysql/

6. Selamat mencuba.

1/31/2018

Bahasa Pengaturcaraan 2018

Bahasa pengaturcaraan manakah yang menjadi keperluan pada tahun 2018.
fossbytes.com mengeluarkan carta berikut:-


Java ialah bahasa yang di gunakan secara meluas dalam  "distributed environment". Pembangunan sistem untuk Android dan "Internet of Things".

Python menyokong ciri "machine learning". Ia mempunyai "syntax" yang mudah dan jelas.

JavaScript adalah program untuk "browser". Antara kegunaanya ialah mengawal input data pada sistem "online" (yang di embed pada browser). 

C++ adalah bahasa kepad penciptaan bahasa lain (seperti Java) . Pembangunan games masih memerlukan bahasa seperti ini kerana ia lebih dekat kepada native mesin . 

PHP banyak di gunakan dalam membangunkan sistem online.

Perl juga banyak di gunakan untuk pembangunan sistemonline. Bahasanya mirip C.

Rujukan
https://www.youtube.com/watch?v=5bm5tT0bN7c
https://www.youtube.com/watch?v=LR8fQiskYII
http://whatis.techtarget.com


1/28/2018

PHP 7, mysql, Dreamweaver Server Behaviour

1. PHP 7 telah dilancarkan pada 30 Nov 2017. Beberapa perubahan telah di buat iaitu menambahkan ciri dan fungsinya, termasuk juga membuang beberapa fungsi lama dan di ganti dengan yang baharu.

2. mysql ialah fungsi tambahan kepada PHP. Ianya di perkenalkan pada PHP 2 hingga 6. Di mansuhkan penggunaanya pada PHP 7.

3. Ekoran pemansuhan  mysql. Fungsi seperti mysql_connect(), mysql_select_db() tidak lagi di kenali oleh PHP 7. Extension mysql telah di gantikan dengan mysqli. 

4. Solusi kepada pembangun sistem yang ingin kekal dengan mysql, pada masa yang sama ingin menggunakan PHP 7- boleh mencuba kaedah dari sini (https://ckon.wordpress.com/2015/08/06/put-mysql-functions-back-into-php-7/)

5. Bagi pengguna Dreamweaver. Setakat ini saya masih belum jumpa "add on" percuma bagi mysqli. "add on" berbayar boleh di dapati dari Webassist (http://www.webassist.com/product/mysqli) dan DMX Zone


Rujukan
http://phppot.com/php/mysql-vs-mysqli-in-php/
http://www.webassist.com/product/mysqli

1/27/2018

PHP Version 7

 P 

1. PHP ialah bahasa pengaturcaraan untuk server. PHP banyak digunakan dalam membina sistem online. Versi terkini (28 Jan 18) ialah PHP 7.22 , di lancarkan pada 30 Nov 2017.

2. Antara tambah baik ialah Respond Server meningkat, keperluan mengistiharkan jenis pembolehubah, fungsi Error Handling di sediakan, Operasi dan fungsi baharu (cth Spaceship Operator dan fungsi CSPRNG) di perkenalkan,

3. Terdapat beberapa fungsi yang di masukkan dalam katogeri "tidak di dalakkan guna"  seperti
PHP 4 style constructors.


4. Terdapat beberapa fungsi  telah di buang pada PHP ini antaranya mysql (di ganti dengan mysqli).

 Rujukan 
http://php.net/archive/2017.php
http://php.net/manual/en/intro-whatis.php
https://www.startutorial.com/articles/view/5-new-features-in-php-7-that-you-should-have-a-look-at
https://www.tutorialspoint.com/php7/php7_removed_extensions_sapis.htm

10/27/2014

PHP: Connection to Database, Display Data dan Delete Record

1. Pelajar Diploma IT telah pun membentangkan FYP (Final Year Project) masing-masing pada manakala pelajar bachelor telah masuk minggu ke 7. Ramai pelajar memilih untuk membangunkan sistem maklumat.

2. Antara proses wajib yang ada dalam  sistem maklumat ialah  display, add, edit dan delete record/data.

3. Posting kali ini menerangkan arahan asas proses display data dan delete data.

4. Berikut di senaraikan item-item yang digunakan:-
     4.1 Personnel Web Server guna Apache dan Database guna MySQL. Dua-duanya dalam pakej XAMPP.


    4.2 Struktur Database:-
          Nama Database: mydb
          Nama Table dan Field: tbadmin(adminID,adminName,adminPWD)

4.3 Beberapa data telah sedia dimasukkan dalam table "tbadmin" tersebut

5. Berikut adalah koding yang saya namakan sebagai simpledisplayv2.php
     5.1 Koding simpledisplayv2.php

    5.2 Hasil di browser

     5.3 Koding delete.php adalah seperti berikut:-

    6. Proses delete biasanya memerlukan 'confirmation'.

     6.1 Perubahan pada koding simpledisplayv2.php dengan memasukkan java script.


2/25/2014

JSP


Apakah JSP?
JSP- Java Server Page. Jika anda tahu tentang ASP atau PHP, maka penerangan ini menjadi lebih mudah. JSP adalah dari kumpulan yang sama iaitu satu teknologi (komputer) yang membolehkan anda membangunkan sistem maklumat secara dinamik (kontra kepada statik). Urusan untuk operasi ke atas database boleh dibuat dengan menggunakan JSP.

Bagaimana Menggunakan JSP?
Anda memerlukan dua komponen bagi membangunkan sistem menggunakan JSP. Pertama ialah Programming Editor (spt dreamweaver atau jcreator atau eclipse ), kedua ialah perisian yang menjadikan pc anda sebagai server iaitu Tomcat atau Xampp (5 dalam satu).

Memulakan Perjalanan (belajar JSP).
Dua sumber boleh di jadikan permulaan bagi pelajar mempelajari JSP. Yang pertama ialah pengenalan kepada html dan jsp. Sumber yang kedua merupakan cara jsp di sambungkan kepada database. Sabar dalam membaca dan mencuba kerana ia memerlukan sedikit kesabaran :).

http://jsptut.com/
http://www.techrepublic.com/forums/questions/retreiving-values-from-ms-access-db-to-a-jsp-page-using-tomcat/#.


Rujukan Lain
 How to run jsp in xampp?
Xampp Download
Getting Familiar with your JSP server


2/25/2013

FYP : Edit Data

Antara proses wajib dalam membangunkan suatu sistem yang mempunyai database adalah seperti berikut:-
 
i. Pamir data 
ii. Edit Data
iii. Tambah Data
iv. Padam Data

Untuk posting kali ini- contoh proses edit data adalah seperti di bawah.

Masih lagi dengan Database design (Microsoft sql server 2008) yang sama (seperti contoh-contoh lepas)




Page pertama iatu paparan data beserta dengan linknya adalah seperti berikut (gambar di ikuti dengan kodingnya).
Data di paparkan di ikuti link [edit] dan [delete]
koding untuk paparkan data spt di atas
[edit] pada data pertama di klik dan paparan berikut di perolehi
user lakukan perubahan data bagi Name dan Password. Klik Update untuk menyimpan perubahan. Koding bagi page dan button Update di atas adalah seperti berikut:


koding pada page (page_load)


koding pada button Update




2/20/2013

FYP : Delete Data

Dalam membangunkan suatu sistem komputer yang mempunyai 'database' .Proses berikut adalah proses yang wajib:

i. Pamir data  <-- a="" href="http://mohdnazri.blogspot.com/2013/02/fyp-database-connection.html">sila lihat entry sebelum ini

ii. Edit Data
iii. Tambah Data
iv. Padam Data

Untuk posting kali ini saya akan memberikan contoh untuk memadam data.

Database design (Microsoft sql server 2008) adalah seperti berikut:
Database Design
Interface design adalah seperti berikut:
page untuk paparkan semua data dan hyperlink [edit] dan [delete]

Koding bagi page di atas dan button  "Display data" di atas adalah seperti berikut:-
koding untuk page di atas
 
Koding bagi page confirmdelete.aspx adalah seperti berikut:-

koding untuk operasi delete

2/12/2013

FYP: programmig language, IDE dan database

Pada 6/2/13 yang lalu pelajar tahun 3  BCBM telah membuat 'presentation progress  FYP'. Banyak kumpulan yang memilih untuk membangunkan 'web based system'.Di sini saya senaraikan dan terangkan secara ringkas 'item-item'  yang mungkin mengelirukan pelajaR.

1. Bahasa Pegaturcaraan

Pelajar boleh memilih bahasa pengaturcaraan seperti PHP, C# serta VBscript. 
 Bila pelajar memilih C# atau VBscript, pelajar di katakan menggunakan framework ASP.NET. ASP.NET BUKAN bahasa pengaturcaraan,

2. integrated development environment (IDE)

Untuk memudahkan pelajar menulis koding, compile dan run. Pelajar memerlukan IDE. Antara IDE yang sering di gunakan ialah Microsoft Visual Studio dan Adobe Dreamveaver.

Kedua-dua IDE ini 'support' semua bahasa yang disebut di atas. Namun saya sarankan pelajar untuk menggunakan Microsoft Visual Studio bagi C# dan VBscript kerana mereka adalah dari keluarga yang sama (Microsoft).

3. Database
Kebanyakan pelajar akan menggunakan database bagi menyimpan maklumat (kecuali satu projek yang membanggunkan apps untuk andriod).  Di antara database yang boleh digunakan ialah Microsoft Access, Microsoft SQL Server dan MySQL.


Berikut adalah rujukan yang digunakan bagi menulis maklumat di atas.
Bolehkah menggunakan MySQL dengan ASP.NET?
Bolehkah menggunakan Microsoft Visual Studio untuk koding PHP?
Apakah kaitan antara C#,.NET,ASP dan ASP.NET?
Apakah IDE?


1/29/2013

FYP 2

1.FYP
Final Year Project 2. Pelajar tahun 3 BCBM akan meneruskan projek tahun akhir masing-masing dengan masuk fasa 2 iaitu implementation.

2. Software untuk System Development
Bagi pelajar yang akan membangunkan web based system- antara pilihan yang perlu pelajar buat ialah Programming Language dan database yang akan di gunakan. Jika pelajar memilih untuk menggunakan Microsoft SQL Server dan VB Script atau C# maka perisian berikut (bersama dengan urutan proses installation) adalah seperti di bawah:-

i. Install Visual Studio 2008
ii. Install Visual Studio 2008 Service Pack 1
iii. Install MS SQL Server Enterprise
iv. Install MS SQL Server Service Pack 1

Nota: Installation perisian di atas pada OS win 7-tiada sebarang masalah. Version OS yang lain-saya tak pasti.


3. Halangan Pertama
Halangan pertama yang biasa di alami oleh pelajar untuk membangunkan sistem ialah connection kepada database. Saranan saya ialah - pilih table yang paling simple (biasanya 1 primary key / foreign key), isi data (melalui MS SQL Server) dan buat koding untuk view data tersebut. 

4. Baca Forum
Proses yang kita buat sebenarnya pernah di buat oleh orang lain. Masalah yang kita temui juga biasanya pernah di tanya oleh orang lain. Cuma pencariannya kadang-kala memakan masa dan terkeliru dengan kepelbagaian coding yang ada.

5. Belajar Melalui Contoh
Antara teknik mempelajari pengaturcaraan ialah belajar melalui contoh-contoh yang sedia ada. 





9/29/2012

INSERT, DELETE, UPDATE AND SELECT Data in MS-Access with VB 2008

Pelajar tahun akhir kursus IT/Sains Komputer/Networking/CIS yang mengambil 'FYP' (Final Year Project), sebahagian besarnya akan membina sistem maklumat. Antara proses yang wajib ada dalam suatu sistem maklumat ialah proses tambah, padam dan  kemaskini data.
'interface' program


Bagi pelajar yang membina sistem dengan menggunakan bahasa Visual Basic. Di sini saya lampirkan 'link' dari http://setha.info/home.html. Projek berkenaan menggunakan Visual Studio 2008 dengan Ms Access 2007 sebagai database.


INSERT, DELETE, UPDATE AND SELECT Data in MS-Access with VB 2008

8/08/2012

Bahasa Pengaturcaraan

1. Pengaturcaraan mengikut kamus dewan ialah proses membuat atur cara komputer. 

2.Atur cara ini di tulis menggunakan bahasa yang di fahami oleh komputer. Apakah bahasa  yang di fahami oleh komputer ?  Bahasa mesin hanyalah satu-satunya bahasa yang boleh di fahami! 

3. Bahasa mesin berbentuk 0 dan 1 sesuai dengan komputer yang rohnya berbentuk litar elektrik (penebat / pengalir). 

4. Pengaturcaraan menggunakan bahasa mesin amat sukar seumpama anda tidak di benarkan menggunakan suara untuk berkomunikasi dengan rakan anda, hanya menggunakan isyarat dan gerak badan sahaja. 

5. Bagi memudahkan manusia menulis aturcara- di cipta bahasa-bahasa yang mudah di tulis juga mirip kepada bahasa manusia (di namakan bahasa paras tinggi). Antaranya ialah Bahasa Penghimpun ,C, Basic, PHP, ASP serta puluhan yang lain. 

6. Bila menulis menggunakan bahasa paras tinggi ini- suatu penterjemah di perlukan bagi menukarkannya balik kepada bahasa mesin.

7. Bahasa paras tinggi manakah yang paling berpengaruh / di gunakan paling banyak di dunia ini? - Nantikan pada 'posting' yang akan datang.

Perbandingan antara 3 bahasa untuk arahan yang sama. Dari atas: Bahasa Mesin, Bahasa C, Bahasa Penghimpun

10/23/2011

Raising a Button Click Event Programmatically

Bagaimana untuk 'memanggil' suatu event dari event yang lain. Misalnya ingin memanggil ButtonDisplayData2 ? Code anya adalah seperti berikut:-

ButtonDisplayData2_Click(ButtonDisplayData2, New System.EventArgs)

Boleh click di sini untuk keterangan lebih lanjut.


9/21/2011

'Display Data' & 'Add Data' (MS SQL , ASP.NET)

Proses menyambung ASP.NET (web development) kepada database MS SQL Server agakmengelirukan kerana banyak objek yang perlu di guna dan terdapat pelbagai teknik.

Berikut di sertakan 2 contoh:-

1. Paparkan data
2. Tambah data


Interface saya adalah seperti berikut


Koding bagi dua button di atas seperti berikut:-

Protected Sub Button3_Click(ByVal sender As Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button3.Click
'berjaya pamir data
Dim connetionString As String
Dim connection As SqlConnection
Dim adapter As SqlDataAdapter
Dim ds As New DataSet ' yang ni kena ada Imports System.Data
Dim i As Integer
connetionString = "Server =4MEI-PC\MEMO; Database =dbmemo; Trusted_Connection =True;"
connection = New SqlConnection(connetionString)
Try
connection.Open()
adapter = New SqlDataAdapter("Select * from users", connection)
adapter.Fill(ds)
connection.Close()

For i = 0 To ds.Tables(0).Rows.Count - 1
Response.Write(ds.Tables(0).Rows(i).Item(1) & " ")
Response.Write(ds.Tables(0).Rows(i).Item(2) & "
")
Next
Catch ex As Exception
Response.Write(ex.ToString)
End Try
End Sub



Protected Sub Button2_Click(ByVal sender As Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles Button2.Click
'berjaya TAMBAH DATA
Dim connetionString As String
Dim connection As SqlConnection
Dim adapter As New SqlDataAdapter
Dim sql As String
connetionString = "Server =4MEI-PC\MEMO; Database =dbmemo; Trusted_Connection =True;"
connection = New SqlConnection(connetionString)
sql = "insert into users (uname,pass) values('ISA','4455')"
Try
connection.Open()
adapter.InsertCommand = New SqlCommand(sql, connection)
adapter.InsertCommand.ExecuteNonQuery()
MsgBox("Row inserted !! ")
Catch ex As Exception
MsgBox(ex.ToString)
End Try
End Sub


Berikut adalah maklumat MS SQL server dan Table yang di guna





9/15/2011

Web Application Development Tools

Bila anda ingin membangunkan suatu sistem komputer- anda perlu memilih satu bahasa yang akan di pakai untuk mengarahkan komputer membuat kerja yang anda kehendaki. Di TATiUC hampir semua pelajar (termasuk bukan bidang IT) akan mengambil subjek Programming (pengaturcaraan). Jika anda berhasrat untuk membangunkan sistem web - anda boleh menggunakan teknologi ASP.NET yang di sediakan oleh microsoft dan memilih bahasa seperti VB.NET atau C#. Bagi menympan data (database) - anda boleh memilih MS SQL SERVER (juga produk microsoft).




9/08/2011

MS SQL SERVER 2008 Error Message



MS SQL Server adalah "relational database applicatation" (applikasi) bagi menyimpan data.

Jika anda membangunkan satu applikasi komputer dan memerlukan tempat bagi menyimpan data yang banyak- maka MS SQL Server adalah antara pilihannya.

Berikut adalah pengalam saya semasa 'bekerja' dengan MS SQL.

Bila anda melakukan perubahan pada design table - kemungkinan muncul error message berikut:-

"Saving changes is not permitted. The changes you have made require the following tables to be dropped and re-created. You have either made changes to a table that can't be re-created or enabled the option Prevent saving changes that require the table to be re-created."

ini adalah langkah keselamatan yang di ambil oleh ms sql supaya data yang telah sedia ada tidak terganggu dengan perubahan (database design) yang anda lakukan. Anda perlu mengubah setting pada ms sql bagi membolehkan "saving changes is permitted".


Klik Tools -> Options -> Designers-> Uncheck "Prevent saving changes that require table re-creation".

7/29/2010

IDE untuk C++



Bagi pelajar yang mengambil subjek programming yang melibatkan bahasa C++ seperti BCT1113 Computer Programming, DCT1033 Programming 1,DCT 1063 Programming 2 , BCS1214 Programming Techniques 1, DCT1083 Programming Fundamentals. IDE (integrated development environment) yang di digunakan oleh pelajar di makmal ialah Microsoft Visual C++ 6.0.

Terdapat beberapa IDE lain yang boleh di gunakan oleh pelajar di antaranya ialah Turbo C++. Installer tersebut boleh di dapati daripada link ini. Langkah untuk proses 'install' boleh di dapati daripada blog ini. Turbo C++ ialah perisian lama, saiznya sekitar 3MB, menggunakan persekitaran DOS, kurang "ramah pengguna"nya berbanding MS visual C++ 6.0. Namun dari segi 'function'nya untuk proses compilation dan translation adalah setara.

Namun Turbo C++ hanya berfungsi di bawah sistem 32 bit. Sekiranya pelajar menggunakan Win Xp 64 bit atau Vista 64 Bit atau Windows 7 64 bit, sila lihat artikel ini untuk 'solutionnya'.

7/22/2009

Apakah dia Programming?


1. Apakah dia Programming?
Programming dalam bahasa melayu di sebut pengaturcaraan ialah proses 'bercakap' dengan komputer.

2. Bolehkan bercakap dengan komputer?
Anda bercakap dengan rakan dengan menggunakan bahasa melayu , inggeris atau lain-lainnya. Orang pekak pula bercakap menggunakan bahasa isyarat. Apa-apa saja bahasa boleh digunakan, asalkan boleh di fahami oleh penerimanya.

3. Bahasa apakah yang boleh di fahami oleh komputer?
Komputer adalah mesin yang hidup dengan kuasa elektrik. Kuasa elektrik pula hanyalah boleh berstatus on dan off. Jadi bahasa asal komputer hanyalah 1 dan 0 iaitu perwakilan kepada on dan off. Ia dikenali sebagai Bahasa Mesin (machine language).

4. Saya mengambil "subjek programming" menggunakan bahasa C++ di kolej, kenapa bukan Bahasa Mesin?
Anda perlu menulis kod seperti 0000010100101 bagi mempamirkan satu teks pada skrin bila menggunakan bahasa mesin. Jika menggunakan bahasa C++ anda boleh menulis arahan seperti cout<<"Hai"; untuk papar teks 'Hai' pada skrin komputer. Arahan dalam C++ lebih mudah di fahami dan di ingati. 5.Bolehkan cout<<"Hai"; di fahami oleh komputer, padahal ia bukan bahasa mesin.?
Ia memang tidak boleh di fahami oleh komputer, cout<<"Hai"; perlu di tukar (translate) kepada bahasa mesin.

6. Siapa yang akan tukar arahan cout<<"Hai"; kepada bahasa mesin?
Kita menulis cout<<"Hai"; menggunakan editor seperti Microsoft Visual C++. Dalam editor tersebut telah di sediakan 'translator'.

7. Selain Bahasa C++, apakah terdapat bahasa-bahasa lain?
Banyak, amat banyak dan macam-macam namanya. C++ itu sendiri bermula daripada bahasa yang di beri nama CPL (Combined Programming language) kemudian jadi BCPL (Basic Combined Programming Language) kemudian jadi B kemudian jadi C kemudian jadi C++. Daripada C++ jugak ia di kembang jadi java dan C#.

8. Bagaimana nak menguasai bahasa pengaturcaraan yang begitu banyak?
Anda tak perlu menguasai semua bahasa, yang paling penting ialah menguasai teknik penyelesaian masalah 'problem solving'.

9. Kenapa lari tajuk, daripada programming kepada problem solving?
Ok la.. penat dah nak jawap.. daftar je subjek BCS1214 atau DCT1083. Kat kelas kita cerita...ye..

Cara download Installer windows 10 dalam format ISO

1. Jika anda bercadang untuk download windows 10 melalui website rasmi windows - pilihan untuk download dalam format ISO tidak di berikan.  ...