1/29/2013

FYP 2

1.FYP
Final Year Project 2. Pelajar tahun 3 BCBM akan meneruskan projek tahun akhir masing-masing dengan masuk fasa 2 iaitu implementation.

2. Software untuk System Development
Bagi pelajar yang akan membangunkan web based system- antara pilihan yang perlu pelajar buat ialah Programming Language dan database yang akan di gunakan. Jika pelajar memilih untuk menggunakan Microsoft SQL Server dan VB Script atau C# maka perisian berikut (bersama dengan urutan proses installation) adalah seperti di bawah:-

i. Install Visual Studio 2008
ii. Install Visual Studio 2008 Service Pack 1
iii. Install MS SQL Server Enterprise
iv. Install MS SQL Server Service Pack 1

Nota: Installation perisian di atas pada OS win 7-tiada sebarang masalah. Version OS yang lain-saya tak pasti.


3. Halangan Pertama
Halangan pertama yang biasa di alami oleh pelajar untuk membangunkan sistem ialah connection kepada database. Saranan saya ialah - pilih table yang paling simple (biasanya 1 primary key / foreign key), isi data (melalui MS SQL Server) dan buat koding untuk view data tersebut. 

4. Baca Forum
Proses yang kita buat sebenarnya pernah di buat oleh orang lain. Masalah yang kita temui juga biasanya pernah di tanya oleh orang lain. Cuma pencariannya kadang-kala memakan masa dan terkeliru dengan kepelbagaian coding yang ada.

5. Belajar Melalui Contoh
Antara teknik mempelajari pengaturcaraan ialah belajar melalui contoh-contoh yang sedia ada. 





No comments:

Cara download Installer windows 10 dalam format ISO

1. Jika anda bercadang untuk download windows 10 melalui website rasmi windows - pilihan untuk download dalam format ISO tidak di berikan.  ...