8/28/2012

computer expansion bus



1. Pada motherboard (mb) anda terdapat beberapa jenis computer expansion bus. 
2. Sekiranya anda membeli kad-kad tambahan seperti graphic card, sound card, network card, tv card dan lain-lainnya, kad tersebut akan di pasang pada salah satu dari computer expansion bus tersebut. 
3. Pengetahuan paling asas ialah mengetahui nama-nama setiap jenis computer expansion bus tersebut supaya anda tidak terbeli kad tambahan yang tidak sepadan.

4. Jenis-jenis  computer expansion bus adalah seperti berikut:-
i. PCI Express- juga di tulis PCIe. Yang paling terkini dan pantas.(ada pada gambar mb di atas)
ii. PCI - slot yang paling biasa di dapati pada mb.(ada pada gambar mb di atas)

Kebanyakan mb mempunyai gabungan PCIe dan PCI.

iii. AGP - di reka secara khusus untuk Graphic card. Mb lama menggunakan jenis ini. (tiada dalam gambar di atas)
iv. ISA - Hampir pupus. teknologinya lebih lama dari AGP. (tiada dalam gambar di atas)

5. Jika anda membeli graphic card - biasanya ia menggunakan slot PCIe. Manakala kad-kad tambahan yang lain menggunakan PCI.
6. Beza di antara jenis-jenis computer expansion bus ialah dari segi kelajuan aliran data yang melaluinya.




No comments:

Cara download Installer windows 10 dalam format ISO

1. Jika anda bercadang untuk download windows 10 melalui website rasmi windows - pilihan untuk download dalam format ISO tidak di berikan.  ...