1. Pada motherboard (mb) anda terdapat beberapa jenis computer expansion bus.
2. Sekiranya anda membeli kad-kad tambahan seperti graphic card, sound card, network card, tv card dan lain-lainnya, kad tersebut akan di pasang pada salah satu dari computer expansion bus tersebut.
3. Pengetahuan paling asas ialah mengetahui nama-nama setiap jenis computer expansion bus tersebut supaya anda tidak terbeli kad tambahan yang tidak sepadan.
4. Jenis-jenis computer expansion bus adalah seperti berikut:-
i. PCI Express- juga di tulis PCIe. Yang paling terkini dan pantas.(ada pada gambar mb di atas)
ii. PCI - slot yang paling biasa di dapati pada mb.(ada pada gambar mb di atas)
Kebanyakan mb mempunyai gabungan PCIe dan PCI.
iii. AGP - di reka secara khusus untuk Graphic card. Mb lama menggunakan jenis ini. (tiada dalam gambar di atas)
iv. ISA - Hampir pupus. teknologinya lebih lama dari AGP. (tiada dalam gambar di atas)
5. Jika anda membeli graphic card - biasanya ia menggunakan slot PCIe. Manakala kad-kad tambahan yang lain menggunakan PCI.
6. Beza di antara jenis-jenis computer expansion bus ialah dari segi kelajuan aliran data yang melaluinya.