
Saya pernah mengalami 2 kes di mana usb drive yang di gunakan menunjukkan status.
used space=0 bytes
free space = 0 bytes
Sistem komputer akan mengeluarkan option untuk format drive tersebut.
Dalam sesetengah keadaan - fail-fail dalam drive tersebut masih boleh di selamatkan. Fail tersebut masih berada di situ (usb drive) cuma File Allocation Table (FAT)nya terpadam atau rosak. FAT seumpama rekod inventory bagi fail.
Terdapat banyak aplikasi yang boleh di gunakan untuk "USB DRIVE RECOVARY". Salah satunya ialah Data Docter Recovary.
Proses "recovary"nya amat mudah - selepas beberapa "click" pasti membuatkan anda tersenyum bila fail-fail penting dapat di selamatkan. Namun aplikasi ini adalah berbayar. Saya cuba mencari aplikasi yang percuma - tapi masih belum jumpa. Jika anda tahu mengenainya (aplikasi percuma drive recovary) mohon berkongsi maklumat.
No comments:
Post a Comment