8/11/2010

Salam Ramadhan 1431


Salam Ramadhan 1431 saya ucapkan kepada warga TATiUC, khususnya pepada para pelajar yang mengambil subjek OOP, TCS, C++ dan Projek. Alhamdulillah kita bertemu lagi di bulan yang membebaskan diri kita dari rutin kebiasaan masing-masing.



Perubahan
Dalam bulan ini, kita berpeluang untuk melakukan perkara-perkara yang sebelum ini kita segan lakukan,misalnya untuk jejakkan kaki ke surau TATI mungkin takut di katakan 'pak lebai' oleh member. Ramadhan adalah pendorong yang kuat, maka sama-sama kita ambil peluang.



Motivasi
Motivasi yang mendorong pelajar dalam mempelajari subjek-subjek yang di ambil adalah bagi menambah ilmu, juga untuk mendapat gred A. Motivasi dalam menambah amal-ibadat di bulan puasa juga perlu di cari. Bacalah tentang kelebihan bulan ramadhan, agar menambahkan rasa kebesaran ramadhan,insyaAllah.




Bersahur
Mengantuk adalah antara sebab ramai di antara kita yang tidak bersahur. Sedap tidur juga mungkin juga alasan. Berapa lamahkan sedap tidur itu kita rasanya semsa tidur? Bila bangun sahur, berapa lamakah rasa mengantuk itu dirasa? Ambillah kelebihan sahur seperti yang di terangkan dalam hadis dibawah.

Ibnu Umar(ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengirim rahmat ke atas mereka yang makan sahur. "


Amaran
Moga kita bukanlah tergolong dari mereka yang dinyatakan dalam hadis di bawah:

Yang bermaksud : “Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah

Berbuka
Bulan puasa boleh menjadikan perbelanjaan harian kita lebih jimat berbanding bulan-bulan yang lain. Kerana kita hanya makan 2 kali sehari. Namun, jika kita menyajikan masa makan 2 kali sehari itu dengan makanan yang melimpah ruah sehingga terpaksa dibuang sebahagiannya- maka perbelanjaan kita pada bulan ramadhan akan jadi lebih dari bulan yang lain.
Jadual berbuka puasa bagi bagi semua daerah di Malaysia boleh di dapati dari link ini.

No comments:

Cara download Installer windows 10 dalam format ISO

1. Jika anda bercadang untuk download windows 10 melalui website rasmi windows - pilihan untuk download dalam format ISO tidak di berikan.  ...