2/15/2010

'Gadget' untuk maklumat & pantau perkakasan

Saya menggunakan beberapa perisian untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai komputer (laptop) yang saya pakai. Antaranya ialah:-



i) CPUID




Perisian ini boleh di 'download' dari http://www.cpuid.com/cpuz.php
Anda boleh melihat maklumat terperinci tentang :- 1) CPU 2) Mainboard 3) Memory dan 4) system. Gambar di atas adalah contoh maklumat yang di paparkan melalui perisian CPU ID.

ii)SpeedFan


SpeedFan pula perisian yang memberikan maklumat suhu bagi CPU (central Processing Unit) dan GPU(graphics processing unit). Selain itu ia juga boleh mengawal kelajuan kipas bagi 'system unit' serta mengawal FSB. Anda boleh mendapatkan perisian tersebut di http://www.almico.com/speedfan.php Gambar kedua adalah contoh maklumat yang di paparkan melalui perisian speedfan.

iii) BattStat - Battery Status monitor


BattStat memaparkan suhu bagi cpu dan Harddisk, memaparkan kelajuan dan 'load' cpu serta beberapa lagi perkaran. Namun apa yang lebih menarik ialah ia memaparkan dengan terperinci status bateri komputer (laptop) anda. Antaranya ialah peratusan 'wear' bagi suatu battery. Gambar ketiga menunjukkan bahawa bateri saya telah pun 26% 'wear'. Ini mungkin kecuaian saya membiarkan batery tersebut 'fully drain' semasa menggunakan laptop ini. Tips bagi memanjangkan jangka hayat bateri laptop (jenis LION) ialah - jangan membiarkan jumlah charge kurang dari 10%. Perisian tersebut boleh di dapati dari laman
http://users.rcn.com/tmtalpey/BattStat/

No comments:

Cara download Installer windows 10 dalam format ISO

1. Jika anda bercadang untuk download windows 10 melalui website rasmi windows - pilihan untuk download dalam format ISO tidak di berikan.  ...