1/08/2010

Netbook dan N450


Netbook ialah komputer riba yang mempunyai prestasi yang lebih rendah berbanding notebook. Penggunaannya di khususkan bagi kerja-kerja seperti 'typing' dan 'surfing' yang tidak memerlukan 'processing power' yang tinggi berbanding ' 3D gaming' , dan 'graphic and video editing'. Netbook dipasangkan dengan processor yang dipanggil ATOM (keluaran Intel).

Pemproses (Processor)

Syarikat Intel telah mengeluarkan beberapa siri processor yang di panggil ATOM bagi kegunaan Netbook. Yang terkini ialah N450, telah dikeluarkan pada 21 dis 2009. Berikut adalah sedikit perincian bagi 'processor' berkenaan:-


Nama 'Pro
cessor' : Intel Atom N450
Kelajua
n : 1.66GHz
Kelajuan 'front side bus' (FSB): 667MHz (FSB merupakan laluan penghubung antara 'processor' dan RAM serta AGP/PCIe graphics )
Jum
lah 'L2 Cache' : 512K (cache ialah ingatan ,diguna untuk menyimpan data yang bakal (atau mungkin) digunakan oleh processor berikutnya. Ia lebih pantas berbanding RAM biasa)


Ciri Menarik N450


Antara ciri yang menarik bagi 'processor' ini ialah-pengurus (Controller) untuk Graphic and Memory di integrasikan dalam CPU. Ciri ini menjadikan CPU berkenaan lebih jimat dari segi penggunaan kuasa elektrik, prestasi yang lebih bagus (berbanding kelasnya) serta saiznya lebih kecil. 'Processor' ini juga sesuai untuk kebanyakan OS (operating system) termasuklah windows 7 kerana ia '64-bit computer architecture'. Netbook yang di pasang N450 kurang bunyi bising kerana ciri 'Fanless' iaitu tidak memerlukan kipas penyejuk.

Produk Netbook

Setakat artikel ini di tulis -antara produk netbook yang paling murah di pasaran ialah
DELL Mini 10v. Berharga **RM 999 (pembelian 'online'). 10.1" Widescreen. 160GB SATA HDD. Standard 1.3MP webcam. Wi-Fi, Bluetooth. Cuma ada satu perkara yang perlu diberi perhatian - netbook ini tidak dipasangkan dengan 'Optical Drives'. Satu-satunya pilihan yang ada ialah dengan membeli external 'Optical Drives'. Jika tidak- perisian-perisian untuk 'installation file ' boleh di salin ke dalam pen drive terlebih dahulu (menggunakan PC lain) , sebelum di 'install' pada netbook tersebut.

**Model yang berharga RM999 menggunakan Procesor N280 manakala model yang menggunakan Processor N450 berharga RM1300. Kesalahan data amat di kesali

1 comment:

Unknown said...

Kelajuan : 1.66GHz
Kelajuan 'front side bus' (FSB): 667MHz (FSB

sedap doh dr zaman celeron dlu. hehe..

Cara download Installer windows 10 dalam format ISO

1. Jika anda bercadang untuk download windows 10 melalui website rasmi windows - pilihan untuk download dalam format ISO tidak di berikan.  ...