LAB 2: Control Structures – Selection
Sila download di sini.
1/30/2010
1/26/2010
Quiz 1 Summary BCT1113
1/17/2010
Quiz 1 BCT 1113
Quiz 1 BCT 1113 akan di adakan pada 25/01/2010.
Sila rujuk soalan 1 dan soalan 2 dalam contoh yang diberikan.
Sila rujuk soalan 1 dan soalan 2 dalam contoh yang diberikan.
1/11/2010
Mengapa Bakar Gereja Cara Bantahan Yang Salah?
Tulisan : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Jelas lagi terang, tindakan membakar gereja bagi melahirkan ketidakpuasan hati terhadap kes penggunaan nama Allah bagi Kristian adalah TINDAKAN YANG SALAH. Namun persoalannya kini, benarkah tindakan sebegini salah di sisi agama Islam? Artikel ini cuba memberi jawapan ringkas tetapi padat.
Malah di dalam sebuah Negara Islam di zaman silam dan sejarah pembukaan Islam ke negara-negara yang mempunyai gereja, Nabi s.a.w dan para sahabat tidak sama sekali mengarahkan meruntuhkannya, Nabi hanya tidak membenarkan pembinaan gereja baru sahaja. Namun gereja-gereja yang telah wujud dan tidak digunakan untuk mencetus peperangan dan tidak menjadi perkubuan tentera, tidak sama sekali dirosakkan dan dirobohkan.
NABI DAN SAHABAT TIDAK ROBOHKAN GEREJA
Sahabat besar, Imam Ibn Abbas r.a pernah dicatatkan berkata "mana-mana kawasan 'ajam' (bukan Arab) yang dibuka dengan izin Allah melalui kekuatan Islam, maka penduduk asal bukan arab boleh mengekalkan binaan mereka"
Ibn Qudamah kemudian mengulas :
ولأن الصحابة فتحوا كثيرًا من البلاد عنوة فلم يهدموا شيئًا من الكنائس، ويشهد لصحة هذا وجود الكنائس والبيع في البلاد التي فتحت عنوة. ومعلوم أنها ما أحدثت، فيلزم أن تكون موجودة فأبقيت. وقد كتب عمر بن عبد العزيز إلى عماله ألا يهدموا بيعة ولا كنيسة ولا بيت نار، ولأن الإجماع قد حصل على ذلك، فإنها موجودة في بلد المسلمين من غير نكير
Ertinya : Itu adalah kerana walaupun para sahabat membuka banyak negara baru melalui jalan peperangan, tidak sama sekali mereka merobohkan mana-mana gereja...dan Khalifah Umar Abd Aziz menulis kepada petugas-petugasnya agar TIDAK MEROSAKKAN GEREJA, BIARA-BIARA, RUMAH API (TEMPAT IBADAH) , kerana kerana telah Ijma' atas perkara itu, dan tidak dapat dinafikan wujud di negara-negara umat Islam ( Al-Mughni, Jld 10, hlm 609)
Itulah pendirian Islam khususnya di dalam keadaan Islam begitu kuat dan menguasai sebahagian besar dari peta dunia. Berbeza di zaman serba moden ini, tatkala penganut Islam tidak seperti dahulu, mereka tidak benar-benar ‘menguasai' seperti para sahabat dahulu, mereka hanya berkongsi kuasa bersama golongan bukan Islam. Dalam keadaan seperti itu, kehormanian melalui kefahaman untuk tidak menganggu tempat ibadah agama pihak lain tentulah menjadi amat PENTING DAN UTAMA. Khususnya, apabila penduduk bukan Islam di sesebuah negara tersebut telah mengikat satu janji taat setia kepada negara, malah menjadi warganegara.
MEMBAKAR INI TINDAKAN ZALIM, BOLEH BAWA BANYAK KEZALIMAN
Allah taala menyebut :
الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
Ertinya : orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ""Tuhan kami hanyalah Allah"". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain[1], tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan mesjid-mesjid, yang di dalamnya (masjid-masjid) itu banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) -Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." ( Al-Haj : 40)
Imam Al-Tabari ketika mengulas ayat ini berkata :-
كل ذلك دفع منه الناس بعضهم عن بعض ، لولا ذلك لتظالموا ، فهدم القاهرون صوامع المقهورين
Ertinya : itulah hasil dari kerana Allah taala menolak keganasan antara satu sama lain, jika tidak kerana itu, mereka akan saling zalim menzalimi, maka yang kuat akan merobohkan tempat ibadah yang lemah ( Tafsir At-Tabari, Jil 18, hlm 648)
Imam Al-Qurtubi pula membawakan kata-kata ulama sebelumnya yang berkata:-
تضمنت هذه الآية المنع من هدم كنائس أهل الذمة ، وبيعهم ، وبيوت نيرانهم
Ertinya : Ayat ini mengandungi larangan meroboh dan merosakkan binaan gereja kafir ahli zimmah, dan biara-biara mereka ( Tafsir Al-Qurtubi, Jld 12, hlm 67)
Walaupun status ahli zimmah mungkin sukar diterima pakai untuk penganut bukan Islam di zaman ini, namun yang jelas, dalam sebuah negara moden berbilang agama dan bangsa. Kekuatan Negara yang dikongsikan secara bersama. Kurang tepat untuk mengambil bulat-bulat beberapa pandangan ulama silam, yang dilakukan berdasarkan situasi politik dan agama yang ada di hadapannya, di ketika kekuatan Islam yang sangat berbeza.
Justeru itu, Muslim tidak boleh sewenang-wenangnya mengganggu gereja dan YAHUDI SERTA KRISTIAN dan lain-lain penganut selainnya pula tidak boleh MEROSAK DAN MENGGANGGU MASJID.
TINDAKAN YANG MESTI DIKUTUK
Maka dengan itu, saya malah kita semua patut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pelaku pembakaran gereja ini.
Namun begitu, saya juga ingin melahirkan kebimbangan jika tindakan itu dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk memberi gambaran buruk kepada penganut Islam dan Islam itu sendiri. Lebih merbahaya jika ia sebuah provokasi untuk menyeru tindakbalas dari pihak Kristian.
Hakikatnya, jika ia dilakukan oleh orang Islam, itu adalah akibat ketidakfahamannya terhadap maksud sebenar kehendak Islam, jelasnya tindakan sebegitu bukan sama sekali arahan Agama, khususnya apabila ia hanya bakal mencetuskan kemudaratan yang lebih besar. Ini sekali lagi menjadikan tindakan 'bakar gereja' sebagai HARAM.
YANG INGIN TERUS MEMBANTAH PENGGUNAAN NAMA ALLAH
Kepada semua YANG MEMBANTAH, SEBELUM TERUS MENERUS MENERUSKAN BANTAHAN, AMAT BIJAK LAGI ELOK JIKA KERAJAAN ATAU MANA-MANA PIHAK BERAUTORITI MENGADAKAN DISKUSI TERTUTUP ANTARA WAKIL MUSLIM DAN KRISTIAN. Terangkan dengan jelas situasi dan keadaan di Malaysia dan beritahu permintaan kita dengan diskusi. Saya kira cara itu mungkin jalan terbaik dan paling tepat di ketika ini.
Bagi yang ingin terus membantah, bantahan boleh dibuat namun jangan sesekali memulakan pergaduhan dan pemusnahan fizikal, kerana ia bakal mencetuskan kesan yang jauh lebih buruk, bukan di peringkat Malaysia sahaja, malah di seluruh dunia. Malah, berita ini sudah pun tersebar meluas di Negara barat ini, menampakkan seolah umat Islam sentiasa wajar digelar pengganas. Padahal tidak mampu dipastikan lagi siapa pelakunya dan apakah agamanya.
Oleh itu, bagi saya, apa yang perlu, boleh nyatakan bantahan secara aman melalui Facebook, blog persendirian, demonstrasi aman, memorandum dan selebihnya, TUNGGU KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN.
Jika keputusan masih tetap menghala kepada mengharuskan, DESAK DAN BERIKAN IDEA KEPADA pihak kerajaan untuk MELETAKKAN SYARAT PENGGUNAAN ATAS NAMA KESELAMATAN NEGARA. Mereka perlu mencari peruntukan undang-undang sesuai yang boleh digunakan bagi tujuan tersebut.
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
10 Jan 2010
Tulisan ini di petik daripada zaharuddin.net
1/09/2010
Assignment 1 BCT1113
Assignment 1 BCT1113
Assignment 1 "Computer Programming" menekankan kemahiran pelajar dalam menyediakan algorithma (pseudocode dan flowchat), juga C++ program.
Sila 'download' disini.
1/08/2010
Netbook dan N450
Netbook ialah komputer riba yang mempunyai prestasi yang lebih rendah berbanding notebook. Penggunaannya di khususkan bagi kerja-kerja seperti 'typing' dan 'surfing' yang tidak memerlukan 'processing power' yang tinggi berbanding ' 3D gaming' , dan 'graphic and video editing'. Netbook dipasangkan dengan processor yang dipanggil ATOM (keluaran Intel).
Pemproses (Processor)
Syarikat Intel telah mengeluarkan beberapa siri processor yang di panggil ATOM bagi kegunaan Netbook. Yang terkini ialah N450, telah dikeluarkan pada 21 dis 2009. Berikut adalah sedikit perincian bagi 'processor' berkenaan:-
Nama 'Processor' : Intel Atom N450
Kelajuan : 1.66GHz
Kelajuan 'front side bus' (FSB): 667MHz (FSB merupakan laluan penghubung antara 'processor' dan RAM serta AGP/PCIe graphics )
Jumlah 'L2 Cache' : 512K (cache ialah ingatan ,diguna untuk menyimpan data yang bakal (atau mungkin) digunakan oleh processor berikutnya. Ia lebih pantas berbanding RAM biasa)
Ciri Menarik N450
Antara ciri yang menarik bagi 'processor' ini ialah-pengurus (Controller) untuk Graphic and Memory di integrasikan dalam CPU. Ciri ini menjadikan CPU berkenaan lebih jimat dari segi penggunaan kuasa elektrik, prestasi yang lebih bagus (berbanding kelasnya) serta saiznya lebih kecil. 'Processor' ini juga sesuai untuk kebanyakan OS (operating system) termasuklah windows 7 kerana ia '64-bit computer architecture'. Netbook yang di pasang N450 kurang bunyi bising kerana ciri 'Fanless' iaitu tidak memerlukan kipas penyejuk.
Produk Netbook
Setakat artikel ini di tulis -antara produk netbook yang paling murah di pasaran ialah DELL Mini 10v. Berharga **RM 999 (pembelian 'online'). 10.1" Widescreen. 160GB SATA HDD. Standard 1.3MP webcam. Wi-Fi, Bluetooth. Cuma ada satu perkara yang perlu diberi perhatian - netbook ini tidak dipasangkan dengan 'Optical Drives'. Satu-satunya pilihan yang ada ialah dengan membeli external 'Optical Drives'. Jika tidak- perisian-perisian untuk 'installation file ' boleh di salin ke dalam pen drive terlebih dahulu (menggunakan PC lain) , sebelum di 'install' pada netbook tersebut.
**Model yang berharga RM999 menggunakan Procesor N280 manakala model yang menggunakan Processor N450 berharga RM1300. Kesalahan data amat di kesali
1/04/2010
DCT1063 Lab Solution (Lab 1, Section C no 8)
LAB 1:POINTER
Section C. Coding Exercises
Question no 8.
Berikut adalah jawapan bagi soalan di atas. Aktiviti lab pada 6 jan 2010
8. For each of the following, write C++ statements that perform the specified task. Assume that unsigned integers are stored in two bytes and that the starting address of the array is at location 1002500 in memory.
a. Declare an array of type unsigned int called values with five elements, and initialize the elements to the even integers from 2 to 10. Assume that the symbolic constant SIZE has been defined as 5.
Your answer: unsigned int values[SIZE]={2,4,6,8,10);
b. Declare a pointer vPtr that points to an object of type unsigned int.
Your answer: unsigned int *vPtr;
c. Use a for statement to print the elements of array values using array subscript notation.
Your answer: for(i=0;i cout< d. Write two separate statements that assign the starting address of array values to pointer variable vPtr.
Your answer: vPtr = values; or
vPtr=&values[0];
e. Use a for statement to print the elements of array values using pointer/offset notation.
Your answer: for(i=0;i cout< f. Use a for statement to print the elements of array values using pointer/offset notation with the array name as the pointer.
Your answer: for(i=0;i cout<<*(values +i);
g. Use a for statement to print the elements of array values by subscripting the pointer to the array.
Your answer: for(i=0;i cout< h. Refer to the fifth element of values using array subscript notation, pointer/offset notation with the array name as the pointer, pointer subscript notation and pointer/offset notation.
Your answer:
values[4] // array subscript notation
*(values + 4) // pointer/offset notation with the array name as the pointer
*(vPtr+4) //pointer subscript notation
vPtr[4] //pointer/offset notation
i. What address is referenced by vPtr + 3? What value is stored at that location?
Address: 1002506
Value: 8
j. Assuming that vPtr points to values[ 4 ], what address is referenced by vPtr -= 4? What value is stored at that location?
Address: 1002500
Value: 2
Section C. Coding Exercises
Question no 8.
Berikut adalah jawapan bagi soalan di atas. Aktiviti lab pada 6 jan 2010
8. For each of the following, write C++ statements that perform the specified task. Assume that unsigned integers are stored in two bytes and that the starting address of the array is at location 1002500 in memory.
a. Declare an array of type unsigned int called values with five elements, and initialize the elements to the even integers from 2 to 10. Assume that the symbolic constant SIZE has been defined as 5.
Your answer: unsigned int values[SIZE]={2,4,6,8,10);
b. Declare a pointer vPtr that points to an object of type unsigned int.
Your answer: unsigned int *vPtr;
c. Use a for statement to print the elements of array values using array subscript notation.
Your answer: for(i=0;i
Your answer: vPtr = values; or
vPtr=&values[0];
e. Use a for statement to print the elements of array values using pointer/offset notation.
Your answer: for(i=0;i
Your answer: for(i=0;i
g. Use a for statement to print the elements of array values by subscripting the pointer to the array.
Your answer: for(i=0;i
Your answer:
values[4] // array subscript notation
*(values + 4) // pointer/offset notation with the array name as the pointer
*(vPtr+4) //pointer subscript notation
vPtr[4] //pointer/offset notation
i. What address is referenced by vPtr + 3? What value is stored at that location?
Address: 1002506
Value: 8
j. Assuming that vPtr points to values[ 4 ], what address is referenced by vPtr -= 4? What value is stored at that location?
Address: 1002500
Value: 2
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cara download Installer windows 10 dalam format ISO
1. Jika anda bercadang untuk download windows 10 melalui website rasmi windows - pilihan untuk download dalam format ISO tidak di berikan. ...
-
ANSWERS TO CHAPTER EXERCISES (CHAPTER 8) Review Questions 1. List and describe various types of output, including technolog...
-
Based on real life scenario on any local company/ organization which you are very familiar, define the problem that could be addressed thr...
-
A. Response to the following statements by circling either T (TRUE) or F (FALSE). [10M] I. 1. Java enables users...